Wednesday, January 23, 2013

Motivasi : Jika anda gagal....? Think Positive!!

Assalamualaikum.. Jom bermotivasi..

Kegagalan bukan bermakna saya telah gagal, 
ia bermakna saya belum lagi berjaya.

Kegagalan bukan bermakna saya tidak mencapai apa-apa, 
ia bermakna saya telah pelajari banyak perkara.

Kegagalan bukan bermakna saya telah diperbodohkan, 
ia bermakna saya ada ada keyakinan kuat untuk mencuba sesuatu yang baru.

Kegagalan bukan bermakna saya telah diaibkan, 
ia bermakna saya berani meneroka sesuatu yang baru.

Kegagalan bukan bermakna saya tidak dapat apa-apa kejayaan, 
ia bermakna saya perlu lakukan sesuatu dengan cara lain.

Kegagalan bukan bermakna saya martabat saya telah tercemar, 
ia bermakna bahawa saya bukanlah sempurna.

Kegagalan bukan bermakna saya telah membazir hidup saya, 
ia bermakna saya ada alasan untuk memulakan kehidupan baru.

Kegagalan bukan bermakna saya perlu menyerah kalah, 
ia bermakna saya mesti berusaha lebih kuat lagi.

Kegagalan bukan bermakna saya tidak mungkin akan berjaya, 
ia bermakna saya perlu banyak bersabar.

Orang yang tidak pernah gagal adalah mereka yang tidak pernah berbuat apa-apa..

Baca selanjutnya berkenaan KISAH KEGAGALAN, klik -> YES!

Klik LIKE if anda menyukainya & SHARE :)

Thursday, January 17, 2013

BAB 4 : Yang Patut Buat... Yang Tidak Patut Buat..

...sambungan daripada entry BAB 1BAB 2 & BAB 3!

Kredit Habis
Yang Patut Buat : Pergi kedai, beli topat ler..
Yang Tidak Patut Buat : "Sayang, tolong transfer kredit.."

Lesen Kenderaan
Yang Patut Buat : Patuhi undang-undang JPJ masa ujian untuk lulus..
Yang Tidak Patut Buat : Lepas dapat lesen, mak aih.. Macam PELESIT!

Derma Ikhlas
Yang Patut Buat : Guna tangan kanan, sembunyikan tangan kiri :)
Yang Tidak Patut Buat : Ambil gambar dengan replika cek besar-besar.. Ish2.. Tangan KIRI masuk menyibuk ni. Dalam hati ada taman..

Roomateku..
Yang Patut Buat : Hormat JAJAHAN masing-masing..
Yang Tidak Patut Buat : JAJAH semua apa yang roomate ada. Hahaha.. Parah!

Parking Pasaraya
Yang Patut Buat : Parking di kotak parking yang khas untuk anda..
Yang Tidak Patut Buat : Letak dalam kotak parking OKU. Ni OKU otak ni..

Tumpang Lalu
Yang Patut Buat : Tunjuk hormat bila lalu depan tetamu.. Tangan julur ke depan, jalan perlahan2 gitu..
Yang Tidak Patut Buat : Zupppp.. cenggitu je? Budak bertuah ni.. 

Tandas Awam
Yang Patut Buat : Flush lepas digunakan..
Yang Tidak Patut Buat : BLAH selepas digunakan, tanpa FLUSH! Yerkk.. 

Lif Rosak
Yang Patut Buat : Tekan butang kecemasan, bertenang. Bantuan akan tiba..
Yang Tidak Patut Buat : Cemas, buka pintu dengan kekerasan. Kalau jenis penakut mungkin akan jerit MAKKKKKKKKKKKKKKKKKK!!!

.....Akan di sambungkan lagi. hehehe.. Tq singgah! :D

Klik LIKE if anda menyukainya &  SHARE :)

Thursday, January 10, 2013

Apabila aku menaiki kereta ke pejabat...

Bersua lagi! Assalamualaikum semua. 
Kali ni nak bercerita plak. Entri tajuknya macam di atas, Hehe..

Sekarang, cuaca kadang-kadang tak menentu. Kejap hujan, kejap panas. Hari ini naik motor, esoknya naik kereta. Bergantung pada keadaan cuaca, dan MOOD juga! Berulang-alik ke tempat kerja kemestian setiap orang. Tidak boleh TIDAK walhal anda pejalan kaki sekalipun. Everyday, kecuali Offday/AL :)

Rumah sewa saya, letaknya di Kinrara. Bandar Kinrara 6. Jalan Kinrara 6F. Dekat-dekat dengan Puncak Jalil. Dekat-dekat tu je. Ofis saya pulak terletak kat Puchong Jaya, Menara KLH. Lebih kurang 6KM (atau lebih? Lupa dah!). Rutin seharian, kalau pergi kerja kebiasaanya, dulu-dulu naik motor. Berhujan, berpanas naik motor pakai redah jer. Laju pun laju. Cepat pulak sampai opis. Jam 8.45 pagi keluar rumah, sampai tepat jam 9.00 pagi. Opis mula kerjanya jam 9. Namun, sejak dah ada kereta ni, kekerapan naik kereta lebih kurang 3/5 atau 4/5. 3/5 tu, 3 hari per 5 hari. selebihnya naik motor. Ikut MOOD juga ar.

Hari ni dan semalam naik motor. Pasal pa? Sebab selalu lambat nak bersiap p kerja. Siap-siap jam 8.30 pagi. Kalau jam 8.30 pagi naik keta ke tempat kerja, alamat jam 9 lebih2 ler sampai. Kerap kali JEM kat area saya ni. Projek buat landasan LRT aliran Ampang. Sebab tu pagi-pagi dah JEM kat situ. Cerita seterusnya, lihat gambar kat bawah yer ....

 Selepas masuk persimpangan kiri dekat Area Giant tu, mula dari sini ler JEMnya.. Terpacak teguh rangka besi. Pembinaan sedang dijalankan..

 Tahu, kan di mana tempat ni? Dari Bukit Jalil menuju ke Lebuhraya Damansara-Perdana (LDP). Belakang-belakang nun, maybe sudah mula bersesak-sesaknya. Hamba dari rumah, terus masuk selekoh kiri dari Giant tu dah boleh nampak kereta dari jambatan atas, kereta dah mula berbaris.

Sepanjang jalan dekat-dekat dengan office, tiang landasan LRT ni terpacak teguh. Bila nak siap yer? Mungkin hujung tahun ni kot? Selagi belum siap, selagi tu ler mereka yang lalui jalan ini terpaksa menempuhi JEM awal pagi. Waktu terbaik keluar (saya je) ialah jam 8.00 am, sampai opis sebelum jam 9.00 pagi. Sekarang ni, kalau bersiap awal, naik kereta, kalau lambat dekat-dekat 8.30 gitu, naik motor.

 Kelihatan barisan kereta bersabar menunggu giliran nak keluar dari kesesakan ini. Samaada menuju ke LDP atau ke Putrajaya (belok kiri ke IOI).

 Dah sampai atas ni, kesesakan semakin berkurangan. Masing-masing membawa haluan sendiri. Yang menyebabkan sesak kat belakang-belakang jalan sebelum kat sini ialah kereta dari pelbagai lorong jalan tepi-tepi tu masuk ke lebuhraya yang hanya 2 lorong. Tu salah satu penyumbang JEM tu..

 Legaaaaaa sikit...

 Lega sekejap jer. Sampai sini JEM pula kat TOL. Berbaris semua.. Namun saya takde stress sangat sebabnya....


Opis saya kat depan tu je. Bukan lepas TOL. Tu bangunan Pink tu. Menara KLH, KOLEJ PUTRA perkataan atas bangunan tu. Alhamdulillah, selamat sampai.

Al-kisah, begitulah hari-hari saya kena hadapi kalau naik kereta ke tempat kerja. Kalau naik motor? Preeeeeeengggggggggggggg.. Selit-selit 10 minit je dah sampai. Hehehehe.. 

Kesimpulannya, sesiapa yang lalui jalan ni, keluar awal InsyaAllah tak berapa nak JEM. Tip : apabila anda dari Bukit Jalil ke LDP ni, kekalkan kat lorong kanan sekali. Sebab lorong kiri tu, kereta kita akan berebut line dengan kereta yang muncul dari jalan-jalan biasa kat tepi-tepi simpang. Kena bagi laluan, so ini akan melambatkan pengerakkan kereta anda. Saya, selepas kuar simpang tu, terus signal masuk ke lorong kanan. Cepat sikit :)

Sekian, sampai bersua lagi. 

Klik LIKE if anda menyukainya & SHARE :)

Wednesday, January 9, 2013

Tutorial : Mobile Banking (Maybank)

Assalamualaikum. Lama tak buat tutorial. 
Kali ini kita belajar bagaimana nak buat Mobile Banking yer.

Apa itu Mobile Banking? Mobile Banking ialah perkhidmatan perbankan dihujung jari melalui handphone (tak kiralah anda mempunyai handphone 3310 ke, hp tak pintar pun boleh!) yang menggunakan menu ringkas seperti menu *100#,*124#, *122#, *118# (Sekadar letakkan menu talian prepaid kat Malaysia) dll. Mereka yang menggunakan postpaid pun boleh dengan syarat no handphone anda itu memang sudah berdaftar dengan bank terlibat (seperti untuk minta TAC apabila membuat transaksi). Pendek kata, no anda memang sudah lama digunakan untuk tujuan perbankan Online. Kalau masih belum mendaftar, boleh pergi ke Maybank terdekat :)

Format yang digunakan untuk Mobile Banking ialah *500*888#, untuk semua pengguna talian samada Celcom, Maxis, Digi. Yang lain belum tersedia (kot? Sebab saya tengok hanya 3 telco ni jer tersenarai kat menu nak buat menda ni). Ianya mudah dan ringkas. Cuma ikut beberapa arahan kat menu itu, anda boleh membuat pelbagai transaksi seperti check baki akaunbeli top up, pemindahan wang kepada akaun ketiga, pembayaran bil. Just tekan-hantar-tekan-hantar-tekan-hantar. Senang, bukan?

Ok, bagaimana nak mendaftar? Pertama kali, anda perlu taip *500*888# kat handphone anda untuk aktifkan Mobile Banking anda. (Pastikan anda menggunakan No. HP yang sama anda selalu buat transaksi online banking). 

Kemudian, anda login ke akaun Maybank2u. (Ini tutorial untuk akaun Maybank2u, akaun lain saya tak pasti menunya kat mana, tapi InsyaAllah, ada. Mungkin dari sini anda boleh faham dan boleh cuba kat mana-mana bank online yang lain, ok?). Lepas login akaun tu, anda klik seperti dalam gambarajah di bawah..

Selepas itu, anda perlu Klik MyMobile Banking Services. Abaikan menu sebelah tu kalau anda telah mendaftarkan nombor untuk urusan bank online.

Menu seperti di atas akan terpapar. Isi maklumat yang diperlukan yer. Menu di atas selepas akaun saya telah aktif. Yang pertama kali buat, menunya hanya suruh isi apa-apa maklumat yang berkaitan.

Setelah selesai, anda akan menerima mesej ke handphone anda yang mengatakan akaun anda telah aktif. Apa lagi? Anda sudah boleh test kat handphone anda :) Taip menu *500*888# yer dan ikut arahan kat menu itu berdasarkan transaksi anda! Tiada caj tersembunyi. Menu yang kita guna ni macam menu transaksi kita dengan syarikat telekomunikasi untuk tengok baki kredit dll. :)

Kelebihan Mobile Banking ini pada pendapat saya ialah :-
  1. Tidak perlu buang masa beratur kat mesin ATM pindahkan wang, bayar bil dll.
  2. Mudah, cepat dan ringkas!
  3. Tidak perlu buka internet untuk melakukan sesuatu transaksi seperti beli top up. Just tekan-tekan kat handphone jer. (waktu kecemasan boleh terus segera beli top up)
  4. Dan sebagainya!
Sekian sahaja tutorial untuk kali ini. Harap entri kali ini membantu anda. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan, atau tidak faham, boleh tanya saya yer. Tinggal komen kat post ni, atau cari saya kat FB. Kat tepi tu ada menu link ke FB hamba..

Sampai bersua lagi. :)

Klik LIKE if anda menyukainya & SHARE :)

Monday, January 7, 2013

Lagu - "Terukir di Bintang" : Juara AJL ke-27!

Assalamualaikum.. 

AJL ke-27 telah berlalu. Komen-komen kat FB penuh dengan komen-komen positif. Tahniah Aizat dan Yuna atas kemenangan anda. Kali pertama dengar lelaki menyanyikan lagu perempuan yang benar-benar membuatkan aku berimaginasi aku yang menyanyikan lagu ini, untuk si dia. Terimalah...


Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu
Jika engkau minta satu dunia akan aku cuba
Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia

Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan… kamu…

Sayangku
Jangan kau persoalkan siapa di hatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu.

:) (:

Klik LIKE if anda menyukainya & SHARE :)

Sunday, January 6, 2013

Terkini : REBAT RM 200 kini boleh beli sebarang model HP, pada semua paras harga!

Assalamualaikum. Bersua kembali! Sihat? Alhamdulillah!

Kerajaan beberapa hari lalu telah bersetuju MENGECUALIKAN had harga untuk pembelian telefon pintar. Ini bermakna anda boleh beli sebarang model HP!


Namun, satu yang PERLU anda ambil perhatian ialah walaupun anda mempunyai Rebat RM 200.00, bukanlah bermakna anda boleh angkat telefon semudah tu jer. Syarikat telekomunikasi pun ada syaratnya! Sebelum masuk ke syarat-syarat syarikat telekomunikasi punya, syarat untuk dapat Rebat yang diberikan oleh kerajaan ialah :-
  1. Warganegara Malaysia yang berumur di antara 21-30 tahun pada tarikh memohon; 
  2. Pendapatan bulanan adalah RM3,000 dan ke bawah; 
  3. Model telefon pintar 3G yang ditawarkan; 
  4. Untuk langganan baru dan sedia ada pakej jalurlebar; dan 
  5. Satu telefon hanya untuk satu belia.
Syarikat telekomunikasi yang terlibat ialah : Celcom, Clixster, DiGi, Maxis, Tune Talk, U Mobile, dan YTL Communications.

Ok, apa syarat yang dikenakan oleh syarikat telekomunikasi yang terlibat? Mereka akan memberikan anda KONTRAK di mana setiap bulan anda akan membayar bil-bil pakej yang anda langgani. Ini bermakna, anda tidak boleh beli HP tu macam tu jer. Ianya ada pakej dengan langganan no sekali. Bla bla bla.. Faham, kan? So, terpulang pada anda nak angkat ke tak nak :)

Ya, Rebat yang telah di pohon hanya sah sehingga 1 bulan sahaja. Sehingga rebat tu telah melebihi satu bulan, rebat itu automatik akan terbatal. Namun, anda jangan risau, permohonan rebat baru boleh dilakukan sekali lagi. Selagi nama anda tidak terdapat dalam pangkalan data senarai pembeli yang menggunakan rebat RM 200, anda masih green. :)

Mahu memohon? Klik gambar di bawah untuk terus ke borang permohonan.



Untuk keterangan atau pertanyaan berkaitan boleh hubungi mereka yang bertanggungjawab melalui email komunikasibelia@cmc.gov.my atau di talian 1-800-88-4040 Isnin - Jumaat jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang (kecuali cuti umum)  atau lhubungi penyedia perkhidmatan yang terlibat atau hadir terus ke wakil-wakil penjual yang sah (kedai wakil penjual yang sah mempunyai logo macam kat bawah)



Sekian, sampai bersua lagi :)

P/S : Duniaku [at] Blogspot tidak bertanggungjawab sekiranya anda menghadapi masalah seperti kehilangan maklumat, hang, dan sebagainya semasa melayari link website daripada blog ini. Harap maklum.

Klik LIKE if anda menyukainya & SHARE :)

BAB 3 : Yang Patut Buat... Yang Tidak Patut Buat..


...sambungan daripada entry BAB 1 & BAB 2

Tumpang Kereta
Yang Patut Buat : Cuba-cuba hulur juga duit minyak ke, tol ker. Sharing is Caring (Walaupun pemandu tak minta pun)
Yang Tidak Patut Buat : Naik FREE. Tumpang pergi balik pergi balik, pemilik kereta dah jadi macam pemandu. GAJI takde :) Sian..

Kerja Rumah
Yang Patut Buat : Suami sama-sama membantu, ringankan beban isteri.
Yang Tidak Patut Buat : Biarkan isteri buat semua kerja rumah. Paling teruk, ada isteri yang biarkan suami jadi "surirumah"! Kenyataan..

Belanja
Yang Patut Buat : Terima kasih kerana belanja :)
Yang Tidak Patut Buat : Nak pilih sedap-sedap, mahal-mahal. Erkkk.. Sian member anda..

Shopping
Yang Patut Buat : Belanja ikut keperluan
Yang Tidak Patut Buat : Belanja ikut keMAHUan. Parah2..

Keluarga
Yang Patut Buat : Kerap-kerap ler call mak bapak tanya khabar..
Yang Tidak Patut Buat : Dalam kerap-kerap call tu, "mak, pinjam duit".. Hmmmm..

Kaki pancing
Yang Patut Buat : Ingat balik rumah, keluarga anak-anak sentiasa menunggu..
Yang Tidak Patut Buat : Berhari-hari kat lubuk, sampai bini dan anak-anak kat rumah dah tak ingat.. 

Jiran
Yang Patut Buat : Sentiasa bertegur sapa, tukar-tukar juadah, tanya khabar dll..
Yang Tidak Patut Buat : Berjiran macam takde jiran.. Faham-fahamlah yer..

Kemalangan
Yang Patut Buat : Bergerak macam biasa, lancarkan trafik.
Yang Tidak Patut Buat : Slow giler nak tengok masa kemalangan, trafik sesak. Tak sedar ke, orang kat belakang nun ada hal penting nak kena uruskan? Ni budaya orang kita?

.....Akan di sambungkan lagi. hehehe.. Tq singgah! :D

Klik LIKE if anda menyukainya &  SHARE :)

Saturday, January 5, 2013

Yang Patut Buat.... & Yang Tidak Patut Buat.... (BAB 2)

...sambungan entry BAB 1.

Janji
Yang Patut Buat : Datang tepat pada masa yang dijanjikan..
Yang Tidak Patut Buat : Anda masih belum bersiap/tidur dan membiarkan rakan anda menunggu!

Lemas
Yang Patut Buat : Panggil sesiapa yang pandai berenang dengan kadar segera selamatkan mangsa..
Yang Tidak Patut Buat : Terus terjun... ah lupa, aku TAK PANDAI BERENANG! Silap haribulan anda yang lemas..

Petrol
Yang Patut Buat : Kenalpasti kenderaan anda pakai petrol apa.
Yang Tidak Patut Buat : Tersilap isi minyak Diesel ke dalam tangki minyak! Tu ler, asik tengok awek/balak lalu jer..

Kucing Terbiar
Yang Patut Buat : Ambil pelihara atau bagi kepada pusat jagaan haiwan.
Yang Tidak Patut Buat : Terus ambil bawa pulang ke rumah tanpa mengetahui kucing tu milik siapa (yang comel2 ler)

Pinjam
Yang Patut Buat : Pulangkan balik benda yang di pinjam.
Yang Tidak Patut Buat : Buat-buat lupa barang yang di pinjam. Ada juga eh? Huhu..

Lepak
Yang Patut Buat : Lepak bermanfaat (kat Masjid contohnya), tanpa abaikan waktu solat.
Yang Tidak Patut Buat : TERBABAS semua waktu solat. Ish2.. 

Berus Gigi
Yang Patut Buat : Setiap orang dalam satu rumah, pakai berus gigi masing-masing.
Yang Tidak Patut Buat : Isirumah ramai, berus gigi 1. Yerkkk!

Tidur
Yang Patut Buat : Baca doa sebelum tidur..
Yang Tidak Patut Buat : Main FB sebelum tidur! (Yang ni SELALU, kan?) hehe..

.....bersambung lagi. hehehe.. Tq singgah! :D

Klik LIKE if anda menyukainya &  SHARE :)

Yang Patut Buat.... & Yang Tidak Patut Buat.... (BAB 1)

Assalamualaikum.. Hari ini idea kering. Topik santai jer hari ni aku nak tulis seperti nama entry di atas.. Kita mula..

Kawan Jatuh Longkang
Yang Patut Buat : Pakat-pakat bantu, angkat dia..
Yang Tak Patut Buat : Snap gambar dulu, baru bantu. Pahtu letak dalam Pesbuk. Phuiii..

Bila Balik Kerja Lambat
Yang Patut Buat : "Kerja elok-elok, saya balik dulu. Jangan lupa tutup semua suis yer nanti"
Yang Tak Patut Buat : "Hang kerja sampai lewat pun, bukan naik pangkat apa pun, gaji apatah lagi" Kuss, jatuh semangat..

Sampah
Yang Patut Buat : Buang dalam tong yang disediakan..
Yang Tak Patut Buat : Lempar terus ke bawah dari tingkat rumah. Segar dari Flat.. Cisss!

Laluan
Yang Patut Buat : Bagi laluan kepada kereta yang nak masuk ke lorong kita (Kalau pemandu yang kita tengok tu jenis hormat orang, kita pun mood baik masa tu..)
Yang Tak Patut Buat : Kasi tutup itu LINE. Kahkahkah.. Kejam weiiii.. Korang buat ka??

Traffic Light.
Yang Patut Buat : Lampu kuning, bersedia untuk berhenti.
Yang Tak Patut Buat : Lampu Kuning, bersedia untuk MEMECUT!

AES
Yang Patut Buat : Kenalpasti tempat mana letak AES, senang berjaga-jaga.
Yang Tak Patut Buat : Lepas kenalpasti, walaupun tahu ada AES, tetap mcm di atas : Lampu Kuning, bersedia untuk MEMECUT! Apa ke hal??

Bersambung...... hehehe..

Klik LIKE if anda menyukainya & SHARE :)

Thursday, January 3, 2013

Aku Bercerita : Kelas BIM dengan Cik Cahaya di Alamanda, Putrajaya : 23hb - 28hb Disember 2012

Cerita bermula, pada pagi Rabu nan Indah. 19hb Disember 2012 : Masa duk Kursus BIM kat Hotel Best Western Premier Dua Sentral, KL, utk staff Tourism Malaysia.

Received mesej dari Mas, rakan sekerja kat MFD :

Mas : Mie, adow ore nak belajar BIM? Guano nop royat?
AKU : Royat ah, MFD dop buko lagi loni. Mukim bule 2 taun depe, lambat lagi.
Mas : Dio sungguh nop belaja nih. Minggu depe dio kelik Saboh doh. Mas bagi nombo mie ko dia deh? Mie bice denga dio guano..
AKU : Hmm.. Ok.. Ok..

Received mesej dari 019259****

DIA : Assalamualaikum. sy nurul. sy ada telefon MFD utk ambil kursus bhs isyarat dan staf di situ bagi nombor encik. sy mengajar di sabah jd mmg tak boleh nak hadiri kursus 7 minggu tu. jd kalau blh sy nak hadiri kelas setiap hari utk 7 sesi. boleh ke mcm tu
AKU : buat masa ni, MFD tak buat pengambilan lagi. bulan 2 kot. tengah kursus BIM skrg ni kat KL.
DIA : Jd kalau sy masuk kelas minggu depan boleh ke atau mcm mana =)
AKU : Hmm, mggu depan MFD sibuk dgn hal perpindahan opis.
DIA : pindah opis ke mana pulak? erk kalau saya ambil tuition dan ambil test utk sijil boleh ke? sb kalo sy x blh buat mgu depan, alamatnya thn depan bulan 12 br sy ada masa. brp bayaran tuition encik?
AKU : kalau nak ambil skrg, i rasa tak sempat lah kot. kalau saya yang buat, boleh ler.
DIA : Jd MFD hanya akan mula kelas tahun depan la ye. selain MFD siapa lg yg tawarkan sijil ye? berapa bayaran tuition dgn encik dan berapa sesi? sebabnya sy nk sambg masters in special education. bagus kalau ada sijil.
AKU : MFD jer yang buat kursus BIM ni. Kalau saya buat, saya caj RM(di rahsiakan). 7 sesi semuanya..
DIA : dlm 7 sesi tu ape yg akan sy belajar
AKU : Asas, keluarga, pekerjaan, jadual, komunikasi dll.
DIA : termasuk buku? bila encik boleh mula kalau sy nak belajar? sb sy balik sabah 29 dec ni
AKU : Isnin depan?
*xde balasan dah lepas tu...

Keesokkannya : 20hb Disember 2012
DIA : salam en. armi. jd bila encik boleh start tuition tu =D
AKU : Isnin, 23hb boleh?
*Xde jawapan....

Lusanya : 22hb Disember 2012
DIA : Salam. maaf ganggu. tp sy (cik nurul yg sms encik hr tu) nk confirm dgn encik. boleh ke buat tuition bahasa isyarat utk sy sebelum sy balik sabah 29 dec ni?
AKU :  Boleh. Bila nak mula, jam?
DIA : esok mula on boleh jugak sb sy agak free. pkl 2.30 kat alamanda. kalo hari biasa pukul 8 mlm di alamanda jgk. ok ke?
AKU : Sabtu tak sure i FREE. takut ada hal. Tapi xde sijil, xpe ker?
DIA : takpelah sijil tu. dh sistem mcm tu nak buat mcm mane. ok so isnin ye. terima kasih
AKU : sama-sama..

Maka, bermula dari persetujuan hari tu, kelas kami bermula pada 23hb, walaupun patutnya bermula hari Isnin. Aku tiada hal pada hari Ahad tu. Sebab tu status kat FB aku letak "Satu hari yang cukup bermakna" sebab pergi mengajar. Tapi ada sorang yang salah faham bila baca status tu, ingat bermakna sebab dia tak kacau kite. Ish2. Haha.. Maka, petang itu aku pun bersiap ke Alamanda selepas solat Zohor.

Pemanduan kali ini amat lancar. Sepanjang perjalanan aku duk mengagak-agak bagaimanakah rupanya Cik Nurul ni? Gemukkah? Berjerawatkah, hitamkah, lawakah bla bla bla. Ish2. Jahat sungguh noo.. Sampai Alamanda, aku cari parking. Sampai kat Foodcourt, aku sms dia tanya kat mana. 1st nak jumpa, rupa pun tak tahu lagi, dia cakap pakai tudung labuh, duk dekat kedai Popiah ..... Ntah apa namanya. Haaa.. JUMPA pun, dengan abahnya. Rupa dia macamana? Ciptaan Allah s.w.t semuanya cantik-cantik belake, kan? Sejuk mata memandang. :) 

Bermulalah sesi pertemuan pertama kami hari itu. Hari pertama kami belajar ASAS : A - Z, Nombor, Warna, Ucapan dll. Bapanya balik awal. Tinggal kami berdua. Kat Foodcourt yer. Ramai orang. Dah tengok semacam dah tepi-tepi aku ni haa.. Lebih kurang dekat-dekat jam 5.00 kami habis. Kakak dia yang datang ambil. Proses berjalan lancar. Tanya rumah kat mana : Pinggiran Desa Putra. AKU : ooooo...

Hari kedua : Isnin 24hb. Hari ni aku kerja. Jam 6 lepas habis kerja bergegas terus ke Putrajaya. Singgah solat kat Masjid Putra. Habis terus ke Alamanda. Sampai tepat masanya juga. Jam 8.00 kami bermula. Hari ni, kami belajar ttg Keluarga. Anak, Emak, Ayah, Suami, Isteri bla bla bla bla.. berlanjutan sehingga jam 10.00 malam. Setiap sesi, kami belajar selama 2 jam. Yeah, 4 sesi lagi (6 sesi jer sebab hari ketujuh dia xde kat sini dah, dia kat Semporna)!!

Hari ketiga : Selasa 25hb : Kami ulangkaji ttg negeri. Kali ni kat Noodle Station kat Alamanda juga. Dia order mee sup. Ka meggi? Lupa da. Belajar sambil makan. Makan sambil belajar. Part ni paling best sebab garfu (sudu, penyepit?) melayang sebab Cik Nurul ni signnya sungguh ganas. Haha.. Hari ni aku tanya, nama isyarat dia mcmana? Dia buat mcm CAHAYA. Sebab nama dia NURUL AKMAR yang bermaksud CAHAYA. Senang ingat sungguh namanya. So, selepas hari tu, aku asyik panggil CAHAYA jer. Dia ni kuat cakap juga. Pening cikgu.. (@@) 10.00 lebih, tamat!

Hari ke-4 : 26hb, Rabu. Kali ni kat foodcourt. Dia datang lewat sikit sampai. Baru gerak dari rumah jam 8.00 mlm. Sampai lebih kurang jam 8.15. Topik kali ni, kami masuk ke bab jadual, tarikh, hari, bla bla bla. Tapi sesi komunikasi jer yang banyak. Kan dah cakap, Cik Cahaya ni banyak cakap. Full guna sign, perghh dah maju ler cik.. Suka cikgu.. :) Mood dia tak berapa BAGUS hari ni. Oleh disebabkan dia belanja aku minum semalam, aku hari ni belanja dia makan aiskrim Trufti Fruiti (betul dak aku eja?). MOOD dia yang tak OK berpunca dari makan menda ni ler. Kisahnya, aku punya aiskrim halfprice, but dia tolak yang Cik Cahaya amik, bukan aku punya. Tahu lepas buat pembayaran, tgk  kat resit. Dia kata, mengapa tak tanya dulu sebelum tolak? Aku mengiayakan je. Padahal aku tak kisah pun. Malam tu, dia membebel. Best2!! Memang, jauh BEZA New Zealand dengan MALAYSIA! Kat sana, boleh amik balik. Kat sini? Owh, Malaysiaku.. Erkk.. keluar topik. Sambung kat bawah!

Hari ke-5 : Khamis, 27hb. Hari ni, aku sibuk kemas-kemas kat Sekolah Kanak-Kanak Pekak Selangor. So, dh mesej dia bgtau mungkin datang lambat. Lepas baca Yaasin, aku bergegas ke sana. Tu pun balik rumah dulu salin baju. Kali ni, kami study kat rumah dia kat Pinggiran Desa Putra. Nasibaik jumpa cari. Tq Cik Kuning bimbing aku guna GPS yang tepat. Kalau tak, sesat ntah ke mana. Jam 9.00 aku sampai kat rumah dia, tepat. Mean, habis lambat ler jam 11.00 malam. Hurmmm.. Kami banyak borak dari study, guna sign language! Wakakaka.. Tajuk Pekerjaan (kot?) Lupa ler.. Takpe, yang penting, dia dah MAJU. hehe..

Hari terakhir, Jumaat malam. Study kat rumah dia. jam 6.00 tepat aku blah dari sekolah lepas kemas-kemas. Kami mengecat sekolah. Hampir siap. Hari terakhir ni, aku pergi Alamanda dulu lepas solat maghrib kat rumah. Aku sibuk cari buku : "Perterjemahan & Bahasa Isyarat" oleh Dr. Hasuria Omar (kenapa buku ni? sebab ada nama aku dlm buku tu, hahaha). Hmm, cari-cari tak jumpa. Hajatnya nak bagi cederahati sebelum dia berlepas ke Semporna keesokannya. Sayangnya dak jumpa. Bulan 3 ler aku bagi dia. Sekarang masih duk cari buku tu. InsyaAllah, ada nanti. Bulan 3 lambat lagi. Berbalik malam tu, kami terus berkomunikasi guna BIM mcm biasa. Borak-borak kosong. Itupun lepas UJIAN BIM yang aku uji sendiri. Markah? Ehem.. dia je yang tahu..

Al-kisah, begitulah kelas BIM yang aku lalui minggu lepas dengan Cik Cahaya. Harapnya lepas ni, ramai lagi Cik Cahaya lain yang muncul nak belajar BIM. Kalau berminat, boleh ler klik --> Belajar BIM

To : Cik Cahaya, 

"Terima kasih kerana sudi berguru dengan hamba. Baik-baik mengajar anak murid kat sana. Jangan asyik tunjuk "buku lima" je. Hehe.. Kalau Cik Cahaya baca post ni, sila bayangkan semua dalam Bahasa Isyarat Malaysia yer! Sampai bersua lagi bulan March nanti. Jangan lupa hello-hello. Masih ada satu lagi sesi yang belum habis. Yuran dah bayar tu, rugi ler..."

Sekian, wassalam!

P/S : Sehingga entry ini ditulis, saya masih duk pikir kat mana nak pergi cari buku tu!! Terima kasih kerana sudi membaca cerita kali ini. Memang seronok jadi cikgu rupanya.. Hurmmmm..

Klik LIKE if anda menyukainya & SHARE :)

Rebet RM 200 untuk pembelian model handphone pintar 3G.

Assalamualaikum Malaysia! Hello! Hari ni, aku nak coret sikit pasal REBAT RM 200 beli handphone. Aku tak nak membebel banyak-banyak. Huraikan mana HP yang terbaik atau whatever. Nanti korang boleh research. Ramai blogger yang duk ulas. Senarai HP yang boleh di beli ialah :-

1) Alcatel 993D
2) Alcatel OneTouch Glory 2
3) Alcatel OneTouch Inspire 2
4) The Buzz Phone
5) HTC Wildfire
6) Huawei Ideos X3
7) LG Optimus L3
8) Ninetology Black Pearl II
9) Ninetology Palette
10) Nokia 2730
11) Nokia 7230
12) Nokia Asha 305
13) Nokia Asha 308
14) Nokia Asha 311
15) Nokia C2-03
16) Nokia Lumia 610
17) Samsung Galaxy Chat
18) Samsung Galaxy Mini
19) Samsung Galaxy Pocket
20) Samsung Galaxy Y
21) Sony Xperia Tipo
22) ZTE Acqua
23) ZTE V790

Setelah survey beberapa blog, saya menemui komen daripada seorang blogger yang saya kiranya begitu arif pasal handphone. Antara handphone pilihan yang terbaik yang boleh dipertimbangkan untuk membeli HP yang tersenarai ialah :-


1. ZTE Acqua – At least dia guna Android 4.0 , 1Ghz Processor (ZTE kata nak keluarkan JellyBean – yang ni laju dan tak suck berbanding dengan galaxy y). Cameranya tak berapa okay , tapi < RM 500 – nak apa lagi

2. Nokia Lumia 610 – walaupun spec windows phone yang terendah tapi dia laju jugak , processor dia ARM v7 , sama seperti ZTE Acqua. At least dia Nokia dan Windows Phone dan camera dia okay jugak

3. Nokia Asha – Battery life dia tahan lama jugak , dan support dual-sim (kalau x silap saya) and ia kira okay-lah bagi mereka yang nak smartphone untuk whatsapp/twitter/facebook dan tak berapa minat main game dan buat kerja-kerja lain.

So, apa pilihan anda? Kita terus ke bagaimana cara nak dapat REBAT serta syarat-syaratnya. Sila klik kat gambar di bawah ni.


Terima kasih kerana sudi singgah. Jumpa lagi! :)

TERKINI!! (Update 06 Januari 2013)
REBAT KINI SAH PADA SEMUA PARAS HARGA! KLIK : REBAT200

klik LIKE if anda menyukainya & SHARE :)

Wednesday, January 2, 2013

Iklan OH Iklan : Anda BAYAR, Saya BANTU :)

Assalamualaikum..
Bersua kembali rakan blogger + facebooker yang hensem2 lagi comel lote belakerr... 

Terima kasih kerana masih mengunjungi blogspot saya yang tak seberapa nak cantik ni. Saya bukan orang seni. Hehe.. Semoga sihat sentiasa dan ceria selalu! 2013? Owhh.. Bertambah setahun lagi umur kita.. Maknanya, hayat semakin berkurangan. Jadikan tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun yang sebelumnya! Cari ilmu dunia akhirat. Bekalan dunia akhirat. InsyaAllah, semoga perjalanan hidup kita di alam nan sementara dan fana ini sentiasa mendapat keredhaan Allah s.w.t.

Hari ni, saya nak cerita pasal group iklan di FB yang dimanfaatkan oleh saya, dijadikan sebagai medan pengiklanan pelbagai produk. Sebelum saya membebel, lihat 3 gambar iklan di bawah :-

Pengiklan yang pertama : Comey Slim Shoppe

Pengiklan yang ke-2 : The Scent of AsmaraHafizz

Pengiklan yang ke-3 : SimfoniBatik

*P/S : Klik gambar untuk lihat FB @ blogspot rakaniaga dan produk mereka :)

Di atas merupakan rakaniaga yang menggunakan khidmat saya untuk mengiklankan barangan mereka melalui dua group iklan milik saya iaitu IKLAN POWER dan E-IKLAN, NO RULES! (klik untuk lihat) Group ini, mempunyai lebih kurang 6000 pengguna FB yang berkampung dalam tu. Ada group iklan orang lain yang mempunyai beribu-ribu pengguna, namun group iklan saya masih mencapai tahap itu. Sejujur-jujurnya :)

NAMUN, melalui langganan iklan dengan saya juga, saya akan BLAST (khidmat ni cuma sekali sahaja) ke lebih kurang 100 +- group yang mempunyai BERPULUH-PULUH ribu pengguna FB!! Detail mengenai cara untuk beriklan? Hanya pergi ke group iklan saya, kat banner group dah ceritakan segala-galanya. Posting ini hanya untuk merasmikan kewujudan pengiklanan ini kepada anda :) Selamat maju jaya!

Klik LIKE if anda menyukainya & SHARE :)

2013 - Semoga tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya!

Sudah masuk 2013
Umur meningkat setahun lagi.
Selamat tahun baru buat semua..

*mood : Malas nak taip panjang-panjang..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...