Saturday, October 27, 2012

Contest! : Pernahkah anda memenanginya?

Assalamualaikum wbt. Salam 1 Malaysia..

Bersua kembali. Di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya Aidiladha. Cepatnya masa berlalu. Sedar tak sedar dah nak masuk bulan 11. Aku plak tak perasan, dah lama aku tak update blog ni. Last pasal BAJET 2013 sebulan yang lepassssss...

Bulan 10 banyak program. Program Pertandingan PIDATO Orang Pekak 2012 yang berlangsung pada 21 Oktober lepas tu aku punya projek. Alhamdulillah, selesai juga. Sesiapa nak lihat gambar, boleh ke Facebook : MFDeaf. Sehari sebelum pertandingan ni, ada Karnival MFD yang ke-15 tahun. Penat sungguh. 3 hari sebelum Karnival ni pula, team BIM aku kat Melaka urus Kursus BIM tahap 2 dengan pihak Jabatan Belia dan Sukan, Melaka selama 3 hari bermula 15 - 17 Oktober. Aku la driver ke sana sini. Penat weiii.. Then, urus plak hal-hal Karnival MFD ke-15 tu dengan jadi driver ke sana-sini balik. Toksah kata la penat mana aku.. Hampir pitam...

Ketepikan soal kepenatan, hari ni aku nak share sikit pengalaman best sepanjang tahun ini. Ianya berkenaan contest atau Bahasa Malaysia = Peraduan. Seronok dan BEST! Yelah, lebih-lebih lagi jadi pemenang (walaupun saguhati jer). Sehingga kini, tahun 2012 ni, aku memenangi 5 contest. 4 Saguhati dan 1 Hadiah Utama. Nak tahu apa mendanya? Jom Baca.....

JUNE - Menda pertama aku masuk tahun ni ialah conteng-conteng kat http://www.clearlycitrus.com.my/doodlechamp/ 

Ni adalah lukisan aku yang memenangi saguhati..


Hadiahnya : Boleh lihat kat website di atas :)


JULAI - Bulan ni aku dapat hadiah baju T-Shirt dari contest FILEM MANTERA : Jentera Manusia. Lakonan TOMOK. Aku main-main jer hantar, tak sangka dapat plak. (Actually, target aku sebenarnya MOTOR besar. hehehehehe..)

OGOS - Aku dapat T-Shirt, Cap, Gelang getah, key-chain daripada pihak Kementerian Sukan dan Belia sempena Contest Himpunan Jutaan Belia. Dalam contest tu suh submit slogan jer. Senang amat. Tak sangka bertuah dapat saguhati. Hadiah utama aku dak tahu apa menda...

SEPTEMBER - Aku dapat baju T lagi. Tapi yang ni paling mahal la kot sebab Khas sempena Olimpik London 2012. Hadiah menda ni korang leh lihat kat link ni : http://www.dahfa.com/winner.html

OKTOBER - Oktober bulan paling best. Hadiah Utama Contest IGEM. Di antara 13,129 (dan semakin meningkat), aku yang terpilih. Ianya senang. Just share kempen "Green" kat FB jer. Alhamdulillah, dapatlah sebuah PECOL Hybrid Aircond Water Heater! Itulah orang kata, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu..


Berkenaan gambar pemenang Contest ni boleh lihat banyak-banyak di Fanpage IGEM klik ---> IGEM Facebook Contest


Kesimpulannya..

Banyak peraduan sebenarnya dan sebenarnya banyak benda PERCUMA kat dunia ni. Cuma kadang-kadang kita ni, malas sangat nak ambil peluang. Selagi ada peluang dan peraduan, cubalah. Tak rugi. Silap2 hari bulan, mana tahu anda dapat rumah, kereta ker (tapi jangan berharap yer).  

Contest yang masih di tunggu2 keputusannya oleh saya kali ini ialah : www.whataluck.com & Nescafe On The Life, JACKER dll. JOM cuba! :) Sampai bersua lagi. BYE!


Klik LIKE if anda menyukainya & SHARE :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...