Friday, August 31, 2012

Selamat Hari Kebangsaaan ke-55! I Love Malaysia!

Ucapan saya untuk anda lihat di sini.
Tiada translate disertakan bersama video. If nak tahu apa yang saya katakan, sila ke page Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) :D


Selamat Bercuti buat semua!

Klik LIKE if anda menyukainya & SHARE :)

Wednesday, August 15, 2012

Himpunan Tazkirah Ramadhan di Facebook.

Assalamualaikum. Bersua kembali sahabat! Alhamdulillah. Hari kemenangan semakin hampir. Sedihnya sebab akan tinggalkan bulan Ramadhan. Tahun depan, apakah kita akan bertemunya kembali? Berdoalah semoga kita semua dipanjangkan umur untuk berjumpa Ramadhan tahun depan. InsyaAllah.. 

Post kali ini, saya akan letak link tazkirah dari awal Ramadhan hingga sekarang. Dah 26 Ramadhan (hari ini). Esok insyaAllah sempat update untuk 27 Ramadhan. 28 & 29 saya dah berada di kampung, Capainya internet sangat perlahan di sana. Walaubagaimanapun, saya cuba untuk lengkapkan semua tazkirah bulan Ramadhan ini. Dan, 1 Syawal juga. InsyaAllah..!  

Sesiapa yang terlepas nak baca tazkirah yang saya post sebelum ini, yang mana saya ambil dari sumber capaian internet, dari web ke web, bolehlah klik satu persatu link di bawah berdasarkan tajuk yang anda mahukan. Selamat meluangkan masa! (Baca sambil-sambil tunggu waktu untuk berbuka) hehe..

TAZKIRAH 27 RAMADHAN - Akan dimasukkan - 16 Ogos 2012.
TAZKIRAH 28 RAMADHAN - Akan dimasukkan - 17 Ogos 2012.
TAZKIRAH 29 RAMADHAN - Akan dimasukkan - 18 Ogos 2012.
TAZKIRAH 1 SYAWAL -  Akan dimasukkan - 19 Ogos 2012.


27 28 29 .... 1 Syawal........!! 

Klik LIKE if anda menyukainya & SHARE :)

Monday, August 13, 2012

Pesanan RAYA 1433H untuk kawan-kawan.. :)

Assalamualaikum. Dah nak RAYA! Yeayyy...

Bersama post ini aku mahu berpesan kepada kawan-kawan semua..
  • Selamat menyambut ketibaan Syawal 1433H.
  • Aku ingin memohon maaf banyak-banyak sekiranya ada kesilapan samada sengaja atau tidak sepanjang kita menjalinkan ukhuwah. 0 - 0  rite!
  • Berhati-hati pulang ke kampung halaman masing-masing. Jangan lupa service kereta kasi elok sebelum berangkat pulang ke kampung.
  • Semoga selamat sampai ke destinasi masing-masing.
  • Selamat pergi dan juga selamat balik yer. Mandu elok-elok. Berhemah di jalan raya. Orang tersayang sedang menunggu kepulangan anda, so ingat mereka sebelum anda mahu naikkan kadar kelajuan :)
  • Dan..... Jangan lupa p solat sunat Aidilfitri yer nanti!!
Lagu ini untuk anda :)


Selamat Hari Raya!!

Klik LIKE if anda menyukainya & SHARE :)

Wednesday, August 8, 2012

Says.com : Anda dibayar untuk setiap usaha anda!

Assalamualaikum. Bersua kembali.. Dah nak dekat nak raya dah. Cepatnya masa berlalu, kan?

Hari Raya memang best. Best jika ada duit extra. Boleh bagi duit raya untuk adik-adik, beli kain untuk mama, baju Melayu untuk bapa. Macam-macam boleh buat bila berduit..

Bicara pasal duit ni, sebenarnya banyak side income yang hanya melalui hujung jari. Dunia dah canggih. Zaman kita edar pamplet dari rumah ke rumah, edar risalah kat pasaraya, letak iklan kat cermin kereta dll semuanya hampir berlalu (masih ada yang amalkan, sebab secara offline memang lebih banyak dapat prospek!). Beriklan kat internet sebenarnya sesuai untuk mereka yang mempunyai sifat "pemalu". Yela.. Nak jumpa customer bukan main segan..

Kalau anda tanya saya apakah side income yang paling praktikal buat masa ini, jawapan saya ialah Says.com. Kenapa? Sebab ianya tidak memerlukan sebarang MODAL. Apa? Ya, anda tidak silap baca. MODAL tidak diperlukan langsung. Believe me :) Habis tu, bisnes apa yang tak perlu modal nii??

No no no.. Says.com bukan sejenis bisnes (bagi kita yang betul-betul faham ler). Ianya merupakan platform media sosial yang mempunyai beribu-ribu ahli aktif yang mengiklankan produk sesuatu syarikat. Konsepnya mudah. Setiap kali kita bantu Says.com mengiklankan posting mereka dari website Says.com ke facebook, twitter, blog dll, dan sekiranya kawan anda klik dan membacanya (tak baca pun dapat juga apa!), anda akan mendapat RM 0.20 sehingga RM 0.40 per click (mengikut nilai post tersebut)! Paling menarik ialah, sekiranya kawan anda mendaftar melalui link invite anda, RM 5.00 menjadi milik anda. Cukup RM 50.00 (amaun minimum yang boleh dikeluarkan), anda boleh tuntut hasil pengiklanan anda tu ke mana-mana akaun bank. Menarik bukan?

Jadi, tunggu apa lagi? Selamat mencuba :) Untuk mendaftar dan memulakan langkah pertama, boleh klik gambar dan daftar :)


Hasil yang tidak seberapa. Next post saya akan tunjukkan cara pengeluaran dan post juga amaun yang telah dikeluarkan (NEW! Update : Nah link ke pengeluaran pertama saya KLIK >> RM 100). Teruskan kesetiaan anda bersama blog saya! Klik LIKE page blog kat tepi blog ni yer. TQ! :)


TERKINI UPDATE 2013 SILA BACA DI :


Klik LIKE if anda menyukainya & Share :)

Friday, August 3, 2012

Khas buat mereka yang ingin belajar Bahasa Isyarat, mengikut kesesuaian masa masing-masing..

Assalamualaikum.. Bersua kembali...

Dah masuk pertengahan Ramadhan. Bagaimana puasa kalian semua? Harap sihat-sihat yer puasa tu. Sihat di sini bermaksud, tak buat dosa kering, tak tgk benda yang mengurangkan pahala, tak melaserkan mulut, dll. InsyaAllah, semoga puasa kita diterima Allah swt.

Hari ni saya nak coret moret sikit pasal Bahasa Isyarat. Ramai yang call MFD kata berminat. Nak tunggu pengambilan baru, lambat lagi. Mungkin lepas raya. Lagipun, tak semua orang leh bagi komitmen dapat datang setiap minggu. Ada yang datang cut cut cut. Sebab, ye lah.. Tiba-tiba ada hal yang di luar jangka.. Sayang gak belajar putus-putus mcm ni.. Merugikan..

Lagipun, mereka yang benar-benar nak belajar ni, terlepas peluang. Saya fikir, apa salahnya buat tuisyen BIM sendiri, dari rumah ke rumah, mengikut kesesuaian masa sendiri? Selain menambah kenalan, melalui cara ini saya juga telah melakukan satu tanggungjawab sosial kepada masyarakat terutamanya untuk komuniti Pekak. Saya telah menyebarkan ilmu kepada masyarakat dan mengurangkan jurang komunikasi di antara mereka. Ilmu untuk disebarkan.. Betulkan kalau saya salah.

Ini berita baik untuk sesiapa yang berminat. Saya dengan insiatif sendiri membuat tutor BIM sendiri mengajar sesiapa yang berminat. Yang berdekatan sini, KL / Selangor, boleh ler kalau nak belajar. Saya pergi ke rumah anda, atau tempat yang ditentukan anda (of coz sesuai untuk belajar, library ke dll). Namun, satu perkara yang saya mahu tegaskan di sini ialah, kelas BIM ini adalah peribadi tiada kaitan dengan MFD. Macam orang yang mengajar tuisyen dari rumah ke rumah yer.

So, tiadalah sijil setelah tamat belajar. (Saya percaya, sijil bukanlah segala-galanya yang menentukan kejayaan berbahasa isyarat, ianya adalah kesungguhan untuk belajar dan menguasai. Belajar ni, lama-lama lupa juga kalau tak praktis). Penting ke sijil? Tepuk dada, tanya selera. :)

Yuran dikenakan. Maklumat lanjut, bolehlah menghubungi saya yer. Tak susah nak jumpa. Kat Blog ni ada petak mesej, tanya je. Kat tepi blog ni pun ada tunjuk FB saya, add je dan PM kat FB. Lau nak Call/Sms pun leh je. Sila guna no ni : 016-4022129. Kelas ni, mungkin lepas raya saya akan adakan.. Mungkin setiap malam. Tiada masalah bagi saya. InsyaAllah. Jemput ke page BIM milik saya di :-


Klik gambar di bawah untuk masuk page ni memeriahkan.
Jangan lupa LIKE yer.. TQ :)


SEBARKAN KEPADA RAKAN-RAKAN KITA KAT LUAR SANA TU YANG BERMINAT NAK BELAJAR BAHASA ISYARAT MENGIKUT KELAPANGAN MASA MASING-MASING.


Klik LIKE if anda menyukainya dan SHARE :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...