Sunday, August 21, 2011

Saturday, August 20, 2011

Raya Dulu & Sekarang.........

Assalamulaikum...

Hari ni after kelas Bahasa Isyarat Malaysia, pergi jumpa member kat Bukit Bintang dalam tengahari. Mintak-mintak terbuka hati aku nak beli baju raya untuk diri sendiri. Biasa aku buat derk je kalau tengok baju-baju raya (Bukan cerewet, but malas nak beli sebab bagi aku, hari raya macam hari-hari biasa je)...

Tinggalkan bab di atas. Kita tengok perbezaan raya zaman sekarang dengan zaman dulu-dulu...

Pakaian.
Dulu : 5-6 pasang, wajib!
Sekarang : 1 pasang je (Baju Melayu). Tu pun hari tu je pakai. Solat Jumaat kadang-kadang pakai sebab Jumaat kerja, biasa pakai baju formal semua. Kesudahan, sidai dalam almari. Pakai bila perlu. Perempuan? Maintain 4-6 pasang (@@)...

Duit Raya.
Dulu : Terima duit raya. Paling murah, 50 sen jer...
Sekarang : Bagi duit raya. Tak main sen-sen. 3 ringgit - duit merah - duit hijau tua... kalau boleh bagi duit purple lagi molek..

Kuih-muih.
Dulu : By hand. Ori. Sedap. Murah..
Sekarang : Beli, tempah. Masih sedap but Mahal!.. segelintir wanita moden xde masa dah nak buat semua ni. Hambatan kerjaya. Kadang-kadang cuti tak dapat. Hari raya pertama baru terpacul kat pintu rumah.. (Nasib aku cuti awal, leh tolong mak balut ketupat!) hehehe..

Adab beraya.
Dulu : Kunjung mengunjung.
Sekarang : Masih ada, but jarang. Banyak lepak kat rumah habiskan biskut raya, kuih muih. Budak-budak plak asik main games dengan sepupu sepapat. Rancangan pun best, so malas nak keluar rumah. ngeeee....

Sikap & tingkahlaku (Masuk gak ker???)
Dulu : Sederhana seada-adanya. xde Over2...
Sekarang : Datang beraya, xde lain dah nak cerita. Hal jam tangan sampai kereta pasti cerita. "Jam ni aku beli ribu2", "Keta tu, beli cash"... OOoooooo.. Menunjuk2.. Tak tanya pun.. hukhukhuk..

errrkkk.. apa lagi? Semua ni dari pengalaman aku. xde ciplak2.. Aku tulis apa yang aku rasa. Apa yang aku nampak. Apa yang aku lihat.. Cuma satu yang tak luput di telan zaman, amalan maaf-memaafan di hari raya berterusan. Semoga berterusan hendaknya.. So, sempena raya yang bakal tiba ni, di kesempatan ini aku ingin menyusun sepuluh jari memohon keampuan daripada pembaca sekalian. Maaf atas salah, silap, kekasaran, ketumbukan, keteranjang-nan bahasa-bahasa aku kat FB, kat blog ni etc.. Buat sahabat aku, jemput datang rumah aku kat KB yer...

Sampai bersua lagi.

"Yang indah itu - Hari Raya. Yeahhhhhhhhhhhhh

Blog ini hasil Sponsor Side Income melalui.....

HPA


ALEACORP.COM

PREPAID4U.NET
Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

GAHARUPERFUMES


"Bukan senang nak jadi senang, dan bukan susah nak jadi susah"

Thursday, August 18, 2011

Aleacorp Malaysia : Sumber $$$$ terbaik buat kami...

Aku dah lama berkecimpung dalam biz online. Kalau org kata MLM, kami tegaskan yang kami bukan MLM sebab takde maintain2 setiap bulan. Kami ONM iaitu Online Network Marketing.

Jenis biz ni orang panggil Affiliate iaitu mempromosikan laman web sesuatu syarikat mahupun produknya melalui pemasaran internet sebab rata-rata menggunakan internet. Semua berkaitan dengan IT la senang kata..

Aku tak nak cakap banyak sebab tak semua suka tentang biz macam ni. Takut kena tipu la, bla bla bla.. Cuma satu aku leh cakap.. "Belum cuba, belum tahu"... Yeah! Akhirnya aku dah siapkan design terbaru Group Aleacorp Malaysia aku!


Anda boleh melayari blog group ni if mahu mengetahui apakah biz yang aku lakukan ni. Setakat ini, alhamdulillah. Dah seramai 136 ahli yang bersama group kami. Semuanya di pantau dan di jaga oleh saya..

"Senyum, tak perlu kata apa-apa"


Cuba silap mata ni.. Jom Jom Jom... hahaha..

"Sekiranya anda terkena ni, jangan marah arrrr. Sekadar buang masa buat isi masa lapang. Boleh refresh balik blogspot anda tau!! :)"


Tip silap mata :-

1. Highlight ayat di atas
2. CTRL + W
3. Wow!!

Selamat mencuba :) hehehehehehe

Wednesday, August 17, 2011

Berhati-hati : penyagak "maybank2u.com"...

Mungkin isu ini dah lama korang survey. Dah lapuk nak post kat blog.. kan kan kan? xper... aku post balik, untuk BLOG aku sendiri.. Tapi, aku punya criter berdasarkan pengalaman aku ar.. Sebab aku pernah jadi mangsa.. hehehe..

"Aik? Dah jadi mangsa pun leh gelak ka, Mie?" soal kawan aku..
Aku pun jawab : "Memang aku jadi mangsa, tapi aku tak rugi menda pun.."
"Camtu plak?" kawanku kehairanan.. Aku plak senyum2 kerang busuk..
Aku pun mulakan cerita...

Itu hari aku punya RM adalah dalam 100 lebih dalam Maybank. 130 lau tak silap. Mana leh aku lupa amaun RM aku yang kena "tipu".. Biasalah.. melalui emel. Dah lama dah aku klik-klik login emel yang dihantar. Tapi, xde plak di tolak amaunnya. Sebab rm aku ada 0.00, mmg arr..!! Emelnya lebih kurang macam ni...




Aku pun klik la... then keluar http://www.avillion.com/www.maybank2u.com. Nampak tak perbezaannya? Kalau maybank2u yang original, website dia www.maybank2u.com, xde yang mcm de website lain permulaannya. Tapi time aku terima dulu, tahun lepas, macam2 link website dia. Cuma yang pasti, memang keluar macam website maybank2u yang original. Canggih2.. Memang hebat SCAMMER ni.. Lepas Klik, kita akan login mcm biasa. Bila dah buat semua tu, dia akan bagitahu sila tunggu selama 30 minit untuk sistem mereka refresh update balik akaun maybank2u anda. Tapi, tahukah anda, dalam masa 30 minit itulah mereka ROMPAK wang anda!

Aku masa itu, tahun 2009, baru pasang internet kat rumah. Memang jarang terdedah la dengan menda2 ni. Lepas kena baru tau, kan? Xpe, belajar dari pengalaman. Sebab itu aku leh nak cerita kat sini berdasarkan pengalaman sendiri. Sesuai ngan tag blog aku. hehe.. Ok, kita sambung balik. Apa yang terjadi lepas tu??

Kenapakah aku gelak kat atas tu? Mengapa? Sebabnya, aku dapat balik RM aku tu! Hahahaha.. Buat makluman anda, SCAMMER tidak akan SEKALI-KALI memindahkan wang ke dalam akaun mereka! Mereka kan bijak pandai, mana mungkin mereka nak masukkan RM dalam akaun bank mereka. Tak pasal-pasal kita leh tahu akaun siapa. Tahu apa yang mereka buat? Mereka akan beli pin prepaid! Bagi kes aku, inilah yang mereka beli. Kes lain aku tak tahu....

So, aku dapatkan balik no pin prepaid yang mereka beli tu (kita boleh lihat transaksi akaun kita kat maybank2u, no pin top up ada kat situ), cepat2 aku top up kredit hp aku. Nasibaik mereka beli DIGI, aku plak kebetulan ada no DIGI. Kalau no CELCOM ka, takut tak sempat aku top up, mereka dah guna. So, begitulah al-kisahnya RM aku yang di rompak melalui maybank2u, aku dapat balik. Wahai SCAMMER "bijaksana", tidak semua mangsa anda "bodoh".. Cukuplah aku diperbodohkan sekali.

Kepada pembaca, sila ambil perhatian bahawa :-

*Maybank2u tidak pernah sesekali hantar apa-apa notis melalui emel. TIDAK langsung! (Kecuali ada transaksi tranfer RM). Jika ada emel dari maybank2u yang suruh anda login untuk update security bla bla bla.. abaikan! Cepat-cepat delete lagi bagus.. Jangan gatal-gatal tangan plak nak try.. Kalau mmg nak kena, silakan.. :)

*Pastikan anda melayari perbankkan internet menggunakan URL single seperti yang saya maklumkan tadi. Sekarang maybank2u dah menaiktaraf security mereka. Printscreen seperti dibawah ni, dulu mana ada masa aku jadi mangsa (",)


"Hahahahahaha"... Kawan aku gelak...
"Bijak gak ko ni.. nasibaik RM130 je.. kalau ribu-riban, kalau ko sempat top up, bertahun-tahun la hp ko banyak kredit.."
Hehehehe...... Dunia dunia.. Macam-macam....

P/s : RM 130, penyangak tu beli RM 100, & RM 30. Kredit yang aku boleh tu bertahan sampai 4 bulan, sebab aku jarang guna no DIGI.

Bahasa Isyarat? Aku boleh faham & ber"silat", kalian bagaimana?

Assalamualaikum semua.. Semoga dalam sihat walafiat hendaknya..

Kali ini, seperti yang di janjikan dalam wall Duniaku [at] Blogspot, aku nak bercerita tentang Bahasa Isyarat. Seperti kita menguasai Bahasa Inggeris, Tamil, Mandarin etc sebagai bahasa kedua, mengapa tidak kita menguasai Bahasa Isyarat yang unit ini? Tahukah anda, di Malaysia, pada December 2007, Parlimen Malaysia telah meluluskan Akta OKU 2008, memberikan pengiktirafan kepada Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) sebagai bahasa rasmi orang Pekak di Malaysia.

Aku nak bercerita sikit, bagaimana aku boleh kenal bahasa isyarat ni? Dulu masa tahun 2003, aku melanjutkan pelajaran kat USM. Sepanjang hayat aku pada waktu itu, aku langsung tidak mengetahui yang ada Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) kat Malaysia ni. Sehinggalah aku diperkenalkan oleh Cikgu Puan Saadiah Ahmad pada cuti semester. Beliau bawa aku ke Persekutuan Orang Pekak Malaysia. Pada masa itulah baru aku tahu tentang BIM ni. Kalau tidak, mungkin sampai hari ini aku masih tidak tahu! Anda kat luar sana tu, tahu tak kewujudan BIM ni? Atau pernah lihat orang Pekak berbual-bual dengan tangan, namun kita tidak faham apakah maksud isyaratnya? Pernah, kan? Kalau tidak pernah, datanglah Persekutuan kami. Aku kerja kat sini sekarang. Jangan tidak caya.. hehe..

BIM aku tidaklah seberapa sangat. Banyak lagi yang isyarat aku belum mahir, tahu. Tapi, percayalah, BIM ni memang seronok, mudah. Nampak kawan dari jauh pun leh berbual. Hmmm, kalaulah aku kenal BIM masa sekolah dulu, mungkin leh praktik untuk meniru dalam ujian. ABCD, buat je isyaratnya.. Kalau nak tahu lebih lanjut tentang BIM, boleh google. Banyak maklumatnya.. Jangan lupa lawati www.mfd.org.my website NGO tempat aku bekerja. Inilah HQ persatuan orang Pekak seluruh Malaysia. Di setiap negeri ada cawangannya..

Sepanjang aku bekerja dengan NGO ni, kami telah menganjurkan kepada lebih 500 pelajar kalau tidak silap kiraan aku. KWSP, JKM, Kementerian Belia & Sukan, Kementerian Pendidikan Malaysia, Hospital kerajaan, orang persendirian, etc...

Bersama post ini, aku sertaikan 2 video tentang BIM. Belajar yang asas dulu yer...

VIDEO 1

VIDEO 2

Bagaimana? Mudah, bukan? Sambil-sambil aku post pasal ni, aku promo BIM ni, perkenalkan kepada rakan-rakan anda yer. Kalau nak amik kursus, leh cari aku..(",)

Perkenalkan page ni kepada rakan anda :-

http://www.facebook.com/BahasaIsyaratMalaysia

Saya juga yang membuatnya. insyaAllah, kita akan mencapai 1000 peminat nanti.. Sokonglah kami dengan klik "LIKE".... Terima kasih singgah blog ni... Jumpa lagi..

Thursday, August 11, 2011

AWAS ! Penyagak Kredit Handphone anda..

Masa aku tengah kusyuk aku memandu van opis tadi, tiba-tiba aku terima SMS seperti di bawah. Hati aku pun pot pet pot pet macam nenek aku. Ish.. No ni lagi. Ingat aku bodoh ka? Ni la textnya...


"RM 0.00 kepada 60123456789 (Bukan no sebenar aku!), anda belum daftar Service SMS Content baru, cepat sms ON PW dan ON JW ke-36660 skrg untuk mulakan. Pendaftaran wajib!"

PERHATIAN!
Sekiranya korang terima mesej sebegini atau yang hampir macam di atas. Abaikan deh. Ianya SCAM!


Siasat punya siasat aku pun jumpa satu jawapan. Ingatkan leh jumpa sape la punya kerja ni. Tapi xde pun. Tabik spring gak aku kat diorang. Bijak tapi kalau kena ke orang yang salah, penghantar tu memang bodoh la.. Sedikit sebanyak aku sampaikan info yang aku baca berkenaan penipuan jenis di atas...

Ianya di beri nama : Manipulasi SMS Subscribe!

SMS Subscribe sebenarnya adalah satu aaplikasi SMS yang membolehkan pengguna melanggan sesuatu perkhidmatan SMS. SMS Subscribe adalah aplikasi popular yang digunakan sekarang dalam perkhidmatan SMS. Ia boleh dikenalpasti apabila format sesuatu SMS itu dimulakan dengan perkataan seperti ON, REG, DAFTAR dan sebagainya. Di kaca televisyen, contohnya adalah seperti ON CINTA, ON KAWAN, REG EPL dan sebaginya.

Kebanyakkan perkhidmatan ini sah di sisi undang-undang, tapi jika di salahguna, ia menjadi satu penipuan. Sistem SMS ini melibatkan beberapa pihak. Andaikan mangsa pernah melanggan satu perkhidmatan ini, mangsa akan hantar SMS tersebut kepada telco, seterusnya telco akan menghantar nombor pelanggan tadi ke syarikat gateway. Syarikat gateway ini adalah syarikat yang memiliki kod 5 digit seperti 3xxxx.

Seterusnya, syarikat gateway akan menghantar nombor telefon kepada SCAMMER.

Mengapa syarikat gateway bersekongkol dengan SCAMMER? Sebenarnya, syarikat gateway tidak bersekongkol untuk menipu. SCAMMER ini biasanya tidak dikenali oleh syarikat gateway. SCAMMER menghubungi syarikat gateway dan menyewa perkhidmatan SMS Subscribe. Apa yang ingin dilakukan oleh SCAMMER tidak diketahui oleh syarikat gateway.

Penipuan melalui SMS Subscribe boleh berlaku apabila SCAMMER menghantar SMS kepada mangsa tanpa mengikut syarat dan terma penghantaran yang dipersetujui mangsa.

Contohnya, apabila pelanggan menerima banyak SMS berulang secara sengaja yang dihantar oleh SCAMMER. Kadang kala SCAMMER menghantar SMS yang lebih dari jumlah yang dipersetujui oleh mangsa.

Setiap kali menerima SMS dari SCMAMMER, mangsa akan dicaj. Perkara ini boleh berlaku berulang-ulang, lebih-lebih lagi mangsa tidak tahu untuk keluar dari langganan tadi!

So, berhati-hatilah... jangan gatal-gatal tangan nak balas kalau dapat mesej macam aku kat atas tu, k!

Anda pernah terkena???


Tuesday, August 9, 2011

Dah mula terasa bahang raya... Tak sabar nak balik kampung!

Baru seminggu lebih berpuasa, namun bahang raya semakin terasa.
Aku pun tidak terkecuali. Sana-sini dah berkumandang lagu raya. Bersempena Aldilfitri yang bakal tiba, aku cepat-cepat buat video khas siap buh lagu raya.
Aku pun tak nak ketinggalan!


Video khas ini aku tujukan khas buat sahabat Tesco Kota Bharu aku. Walaupun aku dah tak kerja kat situ, korang tetap aku ingati. Hayatilah..

*P/s : Raya ni aku cuti seminggu weh. jemput datang rumah deh!

Sunday, August 7, 2011

Ibu, Mama, Mummy, Ma, Mak, Mok...


Tidak kira apa panggilan anda, kita hanya ada satu insan yang bergelar IBU.
Masa kita sakit, susah, senang, menanggis, kecewa, hampa, gembira..
Ibu peneman terbaik..


"Ibu mampu menjaga 10 anak,10 anak belum tentu dapat jaga seorang IBU"

Hargai IBU kita. Jom call Ibu hari ini. Jom jom...

*P/s : Ma.. Rindu masakan time buka posa...Ayam percik, solok lada, nasi kerabu, sira pisang.. akok... wawawawa ~~~

Puasa Dulu & Sekarang...

Bersua kembali... Selamat menjalani ibadah puasa hari yang ke-7. Rasanya tidak lengkap kalau tidak bercerita pasal puasa. So, hari ni aku nak merepek sikit tentang puasa.. Perbandingan dengan dulu dan sekarang.. Ianya dari pengalaman dan pengamatan aku arr...

Dulu zaman kita, budak2 dulu, Liat nak bangun sahur, Ma Abah gerak pun makan dalam mamai2 ja. Kain berpelikat, selimut diri. Makan dalam antara sedar tak sedar, kadang-kadang terlupa niat, tapi puasa buka sampai buka juga. Dulu la kan....

Sekarang, bangun sahur, bangunnnnn. Kadang2 malas nak makan, Kurma 3-5 bijik (angka ganjil) dah cukup ngan air suam. Kan, kan? Bagi yang dah berkeluarga lain. Yang bujang trang tang tang lain la. haha.. Kadang-kadang tak makan terus... Kot2 monteng banyak.. thehehe..

Dulu, zaman bebudak, siapa puasa penuh leh upah duit raya. Tinggal sehari, maknanya kurang la upah untuk sehari.. Kadang-kadang terpikir gak, puasa niat nak duit ka, niat nak pahala. Bebudak la kannn...

Sekarang, upah masih ada. Berganda-ganda lagi.. Untuk budak-budak la... Tapi, sekarang ni, mak bapak tak tegas sangat ngan anak2 kalau tak puasa (lingkungan 7-8 tahun).. Biasa2 jaa.. Aku dulu kena denda kalau tak puasa, jangan main2!

Dulu, kita bebudaklah yang paling rajin nak p tarawih. Siap ada moreh sedap2 pulak tuh. After tarawih, makan colek keropok, buat kat rumah member yang maknya jual menda-menda nih.. Perghhh... sedap beb!

Sekarang, nak p tarawih liat sangat. Tak pernah cukup 30 malam. Ada yang main laptop sampai ke pagi lepas isyak. Kan, kan, kan?

Dulu, duit raya tak banyak. Seposen dua, 5 kupang. Paling kaya kalau dapat RM 1.00. Sepanjang ramadhan, simpan duit beli mercun nak main masa raya. Bunga api, bedil roket, ketupat satu kewajipan..

Sekarang, Fuhh.. kadang2 bebudak sekarang dapat duit merah, hijau. Tak main biru2. Kalau ada pun, selit 3-5 Riyal.. Mewah beb. Mercun plak, maintain ada permintaan. BerKELAS lagi. Masakan tak, banyak masuk berita putus jari, kudung tangan, hilang mata. Dasyat wehhh!

Dulu, baju ramai mesti ada 3-5 pasang. Leh bergaya sakan. Corak kaler-kaler.
Tak dapat, meraung. Sekarang? Baju Melayu sepasang sekali ja... Tahun depan pakai lagi. Elok pom. Simpan tuk kawen pun ok apa lagi... Pompuan? Lagi cerewet la. Maintain 4-5 pasang sepanjang tahun... hehehehehe..

Dulu, zaman kita-kita, sebulan sebelum nak raya dah bajet berapa kad raya nak hantar. Berapa sen setemnya masa tu? 20 sen dah sampai.. Sekarang? Mau satu ringgit maaaa 1 kad! Mahal giler. So, sekarang main pakai sms je ucap raya, pakai HP. FB, Emel, Bla bla bla.. Dulu mana ada menda2 ni? Kad masih ada, tapi permintaan sedikit.. Orang zaman sekarang, semua pantas.. Sibuk xdak masa... Dunia hujung jari la kannnn...

Soooo... Banyak lagi beza zaman posa dulu ngan sekarang. Ni je yang aku leh taip.. Ngantuk da.. Apa yang aku leh kata, "Dulu Lain, Sekarang Lain" Selamat berpuasa buat semua..

Saturday, August 6, 2011

Santai...


Tak nampak punya. So, Klik gambar, dan adjust ZOOM screen laptop anda.. tq :)




"Belajar Dari Orang Bodoh" - Petikan Dari Buku Motivasi Dr.Hm Tuah Iskandar.

**Entry ni sebenarnya dah ada kat NOTES FB aku.. so, aku Update balik kat sini.. Selamat membaca dan mengambil pengajaran...


Aku sampaikan apa yang aku baca. Tertarik dengan buku-buku motivasi santainya dari buku NAK JADI JADI. Memang sesuai untuk tatapan kita sebagai renungan. Hari ini, aku meluangkan sedikit masa menaip berkenaan apa yang saya baca sekejap tadi. Renung-renungkan.. :)


"Kita ni sebenarnya lebih baik belajar dari orang bodoh daripada orang pandai. Eh, kenapa pulak? Orang tak berapa pandai ni, dia ada macam-macam taktik dan teknik, berbanding dengan orang pandai. Orang pandai selalunya tak berapa tahu nak mengajar.


Dah dia pandai semula jadi, lahir-lahir terus pandai gitu, apa taktik yang dia ada untuk mengajar kita. Sebab itu ramai orang pandai tak mampu memandaikan orang lain, sebaliknya orang yang tak berapa pandai atau bodoh sebenarnya lebih berkebolehan untuk memandaikan kita yang tak seberapa pandai ni. Pasal tu, nak belajar sesuatu bukan dengan orang yang sedia pandai tapi carilah orang bodoh yang dah jadi pandai.


Orang yang sekolah sejak tadika, asyik dapat no 1 memanjang, sampai dapat PHD di U yang di iktiraf terbaiklah di dunia dengan dapat bermacam2 adward lagi, orang ni tak akan memandaikan orang lain. Dia pandai untuk diri dia je. Mana taknya, dia tak menempuh kepayahan dalam belajar, terus menceracak gitu, mana dia nak ada taktik nak mengajar orang supaya pandai. Dia cakap pun orang tak faham maklumlah orang pandai bercakap, dia jelah yang faham sebab nilai pencapaian akal kita tak setinggi dia.


Tapi, orang yang tak berapa pandai ni tadi, disebabkan dia tak berapa pandai itulah dia ada macam-macam taktik untuk memandaikan diri dan bila kita belajar dengan orang ini, kita akan jumpa macam-macam taktik dan teknik yang pernah dia gunakan untuk jadi pandai. Semua yang dia ajar tu berpaksikan pengalaman yang pernah ditempuhnya. Memang mudah kita belajar dengan dia sebab dia faham kita tak begitu pandai macam dia jugak dulu. Jadi, dia mengajar ikut batas keupayaan akal kita.


Jadi, sebetul-betulnya yang boleh memandaikan kita ialah orang yang tak berapa pandai. Kawan saya dulu tak reti membaca sampai darjah enam, sekarang jadi cikgu; kawan saya jugak dulu yang sentiasa dapat nombor antara satu dan tiga sekarang tak berapa menjadi manusia.


Jadi, hargailah orang yang tak berapa cerdik sebab satu hari nanti kita boleh macam-macam perkara dari dia, berbanding dengan orang yang terlalu cerdik biasanya dia hanya boleh ajar kita satu perkara saja.


Tapi, silapnya kita ni, bila orang cerdik kita ayat dia bukan main. Hormat tertunduk-tunduk, dihargai sangat orang itu, sedangkan orang yang tak berapa cerdik dipinggir-pinggirkan, dihina-hina dan diabaikan. Hei, dunia ni sebenarnya lebih ramai dihuni oleh orang yang tak berapa pandai tapi tengoklah pencapaian hari ini, amacam?"


Kesimpulan dari aku, jangan anggap seseorang yang anda merasakan "Bodohnya dia" itu tidak mempunyai kelebihan. Masing-masing khalifah di muka bumi ini ada kekuatannya tersendiri. So, jangan pandang rendah terhadap mereka yang anda anggap bodoh. Ketahuilah, satu hari nanti, dia berada di puncak lebih daripada yang anda berada sekarang? tak percaya? Percayalah! Cuma imbas balik memori anda apakah anda pernah menganggap seseorang yang anda kenal dulu "bodoh" satu ketika dahulu, kini anda kagum dengan pencapainya dia sekarang. Tak sangka, bukan? Percayalah.... "Mereka" lebih bijak & cerdik daripada kita sekarang. Jangan
pandang rendah....

Sekian, terima kasih.
Aremi Rusli.

Friday, August 5, 2011

Kadang-kadang kita terlupa!

Assalamualaikum. Bersua kembali.. Alhamdulillah.. Semoga sihat sentiasa hari ini yerr... Tiba-tiba aku mahu berpuitis hari ini... Hayatilah...

Kadang-kadang kita terlupa...
Betapa bertuahnya kita mempunyai keluarga..
Susah senang, keluargalah yang paling sibuk mengambil berat...
Apakah kau lupa, sahabat?..
Merekalah teman kita yang sejati berbanding kawan-kawan kita...

Kadang-kadang kita terlupa...
Betapa bertuahnya mempunyai teman sejati..
Merekalah tempat mengadu no. 2 yang boleh di percayai selepas keluarga..
Hanya yang mempunyai / menghargai persahabatan akan mengiyakannya..
Apakah kau lupa, sahabat?
Berapa kerapkah anda bersama mereka ketika mereka memerlukan kita?

Kadang-kadang kita terlupa...
Rezeki Allah yang bagi.
Sedikitkah, banyakkah.. Dia yang tentukan..
Apakah kau lupa sahabat?
Bukan syukur yang kau ucapkan..
Namun, sentiasa merungut "Kenapalah nasib aku sebegini, sebegitu.."
Lupakah anda?

Kadang-kadang kita terlupa..
Di dunia ini kita sibuk mengejar harta duniawi..
Apakah kau lupa sahabat?
Amalan untuk bawa ke Dunia satu lagi bagaimana?
Lupakah anda?

Kadang-kadang kita terlupa.......

Erkkk... aku terlupa, dah jam 4.30 ptg. Balik timeeee... hahahahaha..

Assalamualaikum!

Jumaat. Yeah!!

Jumaat adalah hari yang paling Mulia dan yang paling di nanti-nantikan. Y? Sebab esok cuti! hehehehe..

Thursday, August 4, 2011

Kesinambungan blog dari tahun lepas..... :)

Assalamualaikum semua. Selamat bersua kembali..

Fuh! Lama menyepi. Last Update 14 Ogos 2010! 11 bulan, dot dot dot hari... Nak cukup setahun tu.. Lama lama.... Apakah hanya setahun sekali aku update Blog? hehe.. Bergantung pada kelapangan aku..

Hari ini, hari ke-4 kita berpuasa. Alhamdulillah. Syukur sebab masih diberikan peluang merasai ramadhan kali ini. Rasanya tahun lepas blog kat bawah tu pun di update masa bulan puasa. Lupaa... Umur bukan muda lagi ni. Biasalah...

Haaa... hari ini, aku akan sambung kembali kisah yang tergantung tu. Nak baca ke tak, terpulang la. Janji tetap janji, kena habiskan. hahahaha..

Ok... Sekarang, family aku dah pindah Kota Bharu. Ayah aku dah bersara. Kalau dalam blog sebelumnya, aku bercerita tentang family aku kat Gua Musang kan? Sekarang dah berubah. Dah kat kg halaman. Bersara bulan 12 tahun lepas. Rumah masih dalam pembinaan. Buat sementara, family aku duk kat rumah sewa, kat Salor. Kalau nak mai datang rumah raya ni, jemput ke Kg. Jerulong. Depan SMK. Salor ja... Ore duk kelate sure tau sangat2 salor ni mano. Tepat Akok sedappppppppppppp... perghhh.... terbayang akok dah. Sabo2.. Posooo.... Ya, adik beradik aku 5 orang, 2 dah kahwin. Adik perempuan. Aku je belum. nak buak lagumano. Belum adow rezeki...

Ya, berkenaan kerjaya. Dulu aku kerja ngan TESCO KB. After konvokesyen bulan Dec 2009. 3 bulan menganggur baru masuk TESCO. Sementara tu, aku kerja sementara kat Persatuan Orang Pekak Kelantan. 3 bulan je.. Boleh la pengalaman sikit belajar bahasa Isyarat orang Pekak. Sungguh sebelum ni, aku tak tahu pun ada Bahasa Isyarat ni. Kalau korang minat belajar, leh la konteks aku sebab aku sekarang ni kerja kat Persekutuan Orang Pekak Malaysia baru 7 bulan. Masuk bulan 12 tahun lepas iaitu selepas aku berhenti kerja dengan TESCO KB (2 tahun 9 bulan je jodoh aku dengan Tesco).... Kerja sebagai apa kat TESCO? Yang tu, korang leh survey blog2 yang ke bawah. Sure ada cerita.. Masa last aku update Blog kat bawah tu, aku masih kakitangan TESCO yang rajin, amanah. hehehehe...

Kerjaya aku baru nak menaik. Dalam banyak-banyak graduan menganggur sekarang ni, aku masih ada kerja. Alhamdulillah. Sambil-sambil, aku cari kerja yang lebih menjaminkan. Apa tugas aku kat Persekutuan Orang Pekak Malaysia ni (Malaysian Federation of the Deaf / MFD)? Di MFD, aku bertindak sebagai penyelaras Kursus Bahasa Isyarat Malaysia (BIM). Kira-kira handle sesiapa yang berminat nak amik kelas/kursus BIM ni, leh jumpa aku la. Promote2... hehe...

Bab-bab lain? Detail aku sekarang ni, aku duk Puchong. MFD ni ada apartment untuk staffnya. Kami menyewa kat sini. Kalau nak tau mana lokasi MFD, leh survey : www.mfd.org.my k? Seronok kerja sini. Apa yang best? Banyak kenal orang, Banyak jumpa orang. If MFD ada permintaan untuk kursus BIM, aku la org yang paling sibuk (ya ka??).. Setakat ni, banyak dah agensi-agensi kerajaan / swasta yang berkursus seperti : KWSP, JKM, KEMENTERIAN BELIA & SUKAN, Orang persendirian, Hospital kerajaan dll. Korang minat? Leh cari kami....


Erkkkk... nak menaip apa lagi ntah. Kalau boleh aku nak jadikan Blog ni aku menarik sikit, tapi masa tak mengizinkan sangat. Sempat2 pun leh update macam yang ni. Ada cuti panjang, line internet ok, semua leh jadi tu. Kalau hari biasa (bukan bulan ramadhan), jangan harap la aku leh update ni...

Akhir kata untuk kali ini, selamat berpuasa dan semoga bersua kembali..

Assalamualaikum.

P/s : Next blog, aku akan berceloteh pasal ragam manusia pulak, termasuk aku.. hahahaha..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...