Sunday, December 25, 2011

BONUS & YES : Sure ramai nak tukar Handphone!

Petua : Handphone baru beli cepat rosak? Mungkin anda patut cuba alternatif ni. Mencegah lebih baik dari merawat. Test Handphone dulu ORI ke tak sebelum anda membayarnya!



Ulang tayang balik. Ramai yang hampir melupakan petua ni. Maklumlah hujung2 tahun ni, sempena YES, Bonus Masyukkk, pasti ramai yang nak tukar HP!..

Share kalau bermanfaat. :)

Tuesday, December 20, 2011

Bersyukurlah..



sop sop sop...

Klik LIKE if anda menyukainya & share :)

Sunday, December 11, 2011

Saje-saje.. hehehehehe..


"Klik GAMBAR untuk paparan yang lebih jelas" :)

*Untuk lawak semata-mata, kalau ada pompuan yang terasa tu.. haaa.. ada la kot sesetengah mcm ni. hihihi..

klik LIKE if anda menyukainya & share :)

Cara mendapatlkan KOD page FB / Page FB anda!

Assalamualaikum...

Kali ini hamba nak bagi tips kat FB ni cara mendapatkan KOD FB dalam angka. Nak guna untuk hantar mesej rahsia pun bolehlah.. hehehe.. Jom tinjau caranya...

Ini adalah FORMULANYA!

@+[kod page korang:0]


Hanya mengubah 'Kod Page korang' dengan Kod Page..


Persoalannya :

**BAGAIMANA UTK MENDAPATKAN Kod Page tersebut? SEBELUM tu korang buka dulu PAGE pilihan kalian. SEKIRANYA Page URL korang Seperti dibawah:-

http://www.facebook.com/DuniakuBlogspot


Kalian hanya perlu ikut Panduan Seperti Di bawah :-
*Pergi Ke Page Pilihan korang.
*Tekan [Ctrl+U] (Dalam Google Chrome)
*Korang hanya perlu cari Code Line seperti dibawah:-

href="/feeds/page.php?id

Contoh KOD page saya :

href="/feeds/page.php?id=231099490268220&format=atom10"

KOD (Contoh) saya ialah:-

231099490268220 (hanya ambil nombor daripada link di atas)

Sekarang Post Code Seperti diatas dengan menggunakan Formula seperti dibawah ni:-

1.SALIN kod dibawah :-

@+[231099490268220:0]

2. Post dalam Ruangan KOMEN/ WALL,

3. Buang Simbol +,

4. Tekan "Enter"

DAN LIHAT HASILNYA!

*Untuk kod profile anda sendiri, biasa kodnya berada di bahagian atas jerr...

"Tidak faham, tanya... "

Klik LIKE if anda menyukainya & share :)

Monday, November 28, 2011

Periksa kesihatan anda melalui bentuk NAJIS! Eeeee....

Periksa NAJIS anda untuk mengetahui adakah anda sihat atau tidak. Tapi sebelum itu, kita SURVEY dulu. JOM! :)

SURVEY BERMULA
Serat pemakanan (fiber) penting untuk kesihatan dan keselesaan hidup. Najis yang terbaik menyerupai pisang. Ia tidak berapa keras, tanpa bau yang kuat. Najis menjadi petunjuk tahap kesihatan anda.

Jawab soalan-soalan di bawah untuk mengetahui sama ada najis anda sihat atau sebaliknya.

Soalan 1 : Adakah ia terapung?
Terapung [1 markah]
Tenggelam [2 markah]

Soalan 2 : Sejauh manakah kepejalannya?
Seperti ubat gigi [1 markah]
Keras [2 markah]

Soalan 3 : Berapakah beratnya? (dua ketul najis sehari, setiap diameter
berukuran lebih kurang 2 cm dan kira kira 15 cm panjang)
Lebih 200 gram [1 markah]
Bawah 200 gram [2 markah]

Soalan 4 : Berapa kerapkah anda membuang air besar?
Sekali sehari [1 markah]
Bukan setiap hari [2 markah]

Soalan 5 : Apakah warna najis anda?
Kuning [1 markah]
Coklat gelap [2 markah]

Soalan 6 : Adakah ia berbau?
Tidak sangat [1 markah]
Berbau busuk [2 markah]

Soalan 7 : Bagaimanakah bentuknya?
Seperti batu kelikir [1 markah]
Seperti adunan [1 markah]
Seperti pisang [1 markah]
Sangat keras [2 markah]
Cair : [2 markah]
Seperti tanah liat [2 markah]

PEMARKAHAN:-
7 - 9 markah : Tahniah! Anda sihat.
10 - 12 markah : Waspada apa yang anda makan. Lebihkan pengambilan serat
(fiber) pemakanan
13 - 14 markah : Amaran! Jika keadaan ini berterusan lebih lama, anda perlu
berjumpa doktor.

SURVEY TAMAT
Nah! Sudah terang dan nyata keperluan serat (fiber) di dalam badan manusia.
Kita mungkin memakan serat (fiber) setiap hari tanpa disedari ataupun kita
langsung tidak mengambil serat (fiber) dalam pemakanan kita!


Bagaimana? Dah dapat result? :)

klik LIKE if anda menyukainya & share :) dan klik SINI untuk ke fan Duniaku [at] Blogspot

Sunday, November 27, 2011

Salam Maal Hijrah 1433

Assalamualaikum..
Khas Buat sahabat sekalian, Muslimin dan Muslimat


Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat menyambut Tahun
Baru 1433 Hijrah buat kalian semua. Semoga kita akan dapat memahami akan makna sebenar hijrah sempena tahun baru Hijrah yang disambut setiap tahun ini. Buat yang bercuti dan pulang ke kampung, aku doakan semoga perjalanan kalian diberkati dan semoga selamat pergi serta kembali.

Akhir kata didoakan semoga kita semua akan bertambah berjaya, di beri kesihatan yang baik dan dikurniakan rezeki yang melimpah ruah. Juga mendapat kebaikan dan keberkatan dalam apa jua yang dilakukan sepanjang tahun ini. Apa yang penting agar kita akan lebih diberkati, dirahmati, dilindungi oleh Allah swt dan bertambah iman.

Amin.

klik LIKE if anda menyukainya & share :) dan klik SINI untuk ke fan Duniaku [at] Blogspot

Wednesday, November 23, 2011

Lagu "HERO" dalam Sign Language!

Bessssssttttttttttttttt!
Korang yang terlibat dengan dunia Bahasa Isyarat...
Sure teruja dengan ni.. termasuklah AKU!


Selamat Menonton :)


klik LIKE if anda menyukainya & share :)

Tuesday, November 22, 2011

Tahun Baru 2012. Sudah ada TAKWIM? Plan agenda anda!

Assalamualaikum. Bersua kembali..

Sedar tak sedar dah nak masuk tahun 2012. Cepat masa berlalu. Blog kali ini aku siarkan takwim tahun hadapan. Moga memberi manfaat kepada anda semua untuk plan agenda tahun 2012.


Detail Cuti UMUM

JANUARI

01

Tahun Baru 2012

Seluruh Negara

14

Hari Keputeraan Yang Di-pertuan Besar Negeri Sembilan

Negeri Sembilan shj

15

Hari Keputeraan Sultan Kedah

Kedah shj

23

Tahun Baru Cina

Seluruh Negara

24

Tahun Baru Cina

* Kecuali Kelantan & Terengganu

FEBRUARI

01

Hari Wilayah

Wilayah Persekutian Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya shj

05

Maulidur Rasul

Seluruh Negara

07

Thaipusam

Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor, Negeri Sembilan, Perak, Penang & Selangor shj

MARCH

04

Ulangtahun Pertabalan Sultan Terengganu

Terengganu shj

APRIL

06

Good Friday

Sabah & Sarawak shj

15

Hari Pengishtiharan Melaka Bandaraya Bersejarah

Melaka shj

19

Hari Keputeraan Sultan Perak

Perak shj

MEI

01

Hari Buruh

Seluruh Negara

07

Hari Hol Pahang

Pahang shj

05

Hari Wesak

Seluruh Negara

17

Hari Keputeraan Raja Perlis

Perlis shj

30-31

Pesta Keamatan

Sabah & Labuan shj

JUN

01-02

Hari Gawai

Sarawak shj

02

Hari Keputeraan DYMM Agong

Seluruh Negara

17

Israk & Mikraj

Kedah, Negeri Sembilan & Perlis shj

JULAI

07

Hari Gabenor P.Pinang

Pulau Pinang shj

20

Hari Keputeraan Sultan Terengganu

Terengganu shj

21

Awal Ramadhan

Johor, Kedah & Melaka shj

OGOS

06

Nuzul Quran

Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, Penang, Selangor & Trengganu shj

19-20

Hari Raya Aidil Fitri*

Seluruh Negara

31

Hari Merdeka

Seluruh Negara

SEPTEMBER

09

Hari Gabenor Sarawak

Sawarak shj

16

Hari Malaysia

Seluruh Negara

OKTOBER

14

Hari Gabenor Melaka

Melaka shj

24

Hari Keputeraan Sultan Pahang

Pahang shj

26

Hari Raya Aidil Adha

Seluruh Negara

27

Hari Raya Aidil Adha

Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu shj

NOVEMBER

11&12

Hari Keputeraan Sultan Kelantan

Kelantan shj

13

Deepavali

Seluruh Negara

15

Awal Muharram

Seluruh Negara

22

Hari Keputeraan Sultan Johor

Johor shj

DISEMBER

11

Hari Keputeraan Sultan Selangor

Selangor shj

25

Hari Christmas

Seluruh Negara


If ada kesilapan, ralat. Sila tegur yer. Hamba ubah balik..

Selamat merancang :)


Klik LIKE if anda menyukainya & share :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...