Thursday, July 22, 2010

AKU DAN KEHIDUPAN ~~~ :-)

Assalamualaikum semua.

Bersua lagi edisi blog kali ini. Nampaknya sebulan sekali baru leh buat. Sibuk sikit. Sepanjang bulan ni rasanya amat2 sibuk berbanding bulan-bulan yang lepas. Pergi KL ulang alik 2 kali tak sampai seminggu. Minggu ni pergi, minggu depan pergi lagi...

Apa cerita yang aku nak bawa kali ni eh? Rasanya tak banyak idea kat kepala aku sekarang ni tentang apa aku nak tulis kali ni. Yang aku banyak fikir sekarang ialah bagaimana mahu menjadi seorang LEADER GROUP ALEACORP MALAYSIA yang bagus, mantap, bantu ahli2, bukan ahli, dan bagaimana nak ubah kehidupan orang kita. Bab nak ubah persepsi orang kita kepada biz online ni saya rasa paling susah terutamanya kalau jumpa orang yang think -ve tentang biz2 ni.. Memang susah! Tapi, xdelah tahap aku nak kecewa sangat sbb ahli2 group hamba semua nak ubah kehidupan masing2. InsyaAllah, kita akan berjaya kelak. Kalau anda jumpa orang yang think -ve ttg biz, jangan amik serius sangat. Biarkan. Kita dah jalan, dia masih di takuk lama, silakan. Xde sapa nak larang dia kalau dia nak maintain macam tu.. Sile2....

Dan, biarkan kita tersenyum bangga dengan apa yang kita buat (jangan tersenyum SINIS plak, bila berhadapan dengan kawan2 yang sebelum ni kita share, tapi tak ambil peluang, JANGAN!,K!) Sebab, kemungkinan pada masa mereka masih di dalam usaha ke arah pemantapan diri (kurang keyakinan senang cakap).. Yang penting, kita dah jalan, kita dah dapat hasil, pasti mereka akan mengikuti langkah kita nanti. So, apa yang penting? KESABARAN!... Latih diri anda bersifat penyabar.

Andai kata tak berubah juga? Teruskan kehidupan anda macam biasa. Biarkan dia dengan kehidupan dia. Dan, jangan lupa "bersedekah" kepada mereka kelak! Maksud saya, if mereka ada masalah, jangan lupa bantu. Lupakan segala ejek-ejekan sebelum ini yang mengatakan kita tak akan berjaya, kaya raya masuk biz online / offline?. Tapi kita dah buktikan, kan? InsyaAllah. Murah rezeki. Anda adalah apa yang ada fikirnya. Apa yang anda semai, itulah yang akan anda tuai. Bantu-membantu amalan mulia.

But, kalau sape2 yang pernah ada kes macam aku ni, "masa susah kawan lari, masa senang kawan datang" Apa tindakan anda? Aku tak akan lupa persahabatan dengan kawan2 macam ni. Kalian sentiasa kawan aku selamanya... TQ mengajar aku erti sebuah persahabatan.~~~ :-)


Errr... pe lagi eh? hahaha.. no idea!

Jumpa lagi di lain coretan. Maaf kalau ada kekasaran bahasa, Mana tahu ada rakan Facebook atau mana2 yang terasa. Aku hanya manusia yang biasa melakukan kekhilafan. =)

Sekian, Wassalam.

Assalamualaikum.

Tuesday, July 6, 2010

ALLHAMDULILLAH.....

Asslamualaikum.... ~~~ :-)
Salam sejahtera Semua!

Bersua kembali. Syukur... Lama aku menyepi. Ni muncul pun, maybe lepas ni menyepi pulak. Bukan apa. Banyak komitmen sekarang. mengalahkan YB. haha..

Ye la, minggu lepas p KL bercuti, then, pulang KB sampainya pagi tu, p masjid kat Kampung Sireh, mandi2 salin baju terus masuk ofis jam 7.00. Esoknya 3 Julai, taklimat Aleacorp.Com jam 9.00, then masuk kerja pulak jam 2.00. THEN... esoknya masuk pulak kerja jam 7.00 pagi. Leh bayangkan jadual? Padat bukan? hehe. Sebab tu masa membataskan sikit.. dannnnnnnnnnnn... jangan tak caya, esok malam aku p KL pula. hehe.. bercuti lagi.. caya tak? cayalah! Terasa dunia kini makin pantas berjalan.. Tak sedar masa berlalu dengan cepat... Memang laju.. Siapa yang tertinggal terbelakang, ayuh bangkit! Kejar masa anda, jangan masa yang mengejar anda. Masa Itu Emas. hargainya, k...

Aku bukanlah BOSS @ TESCO KB, but aku adalah BOSS kepada diri aku. Sementara cuti annual leave aku masih ada, baik aku habiskan. Yang ni pun, Mujur la lulus. Lau tak, nasib ler. And.. aku ambil cuti ni pun sebabnya, aku set diri aku, nak dapat kerja baru sebelum bulan 9! So, baik habiskan awal2 cuti yang banyak lagi berbaki. Masih ada 3 hari lagi tertinggal. Sekurang2nya aku tak sia-siakan cuti REHAT aku sebelum aku blah dapat kerja lain (InsyaAllah... wish me!)

Em, apa aku buat masa aku bercuti minggu lepas? klik2 tengok pic kat facebook. Yang tu jer aku sempat update, sikit je. 2 keping je yang LULUS. Busy juga update apa yang patut sebab kabel TM Telekom minggu lepas kena curi. Habis satu kampung terputus talian komunikasi! (line je... ) lau Broadband lain la cite (tu pun kadang2 slow... baik pakai streamyx!) Masalah dah selesai semalam. Sbb tu baru leh update blog kali ni. Sambil2 tunggu waktu kerja jam 2.00 pm. Lepas ni, menyepi pula la Group aku ALEACORP MALAYSIA buat 4-5 hari.

**Iklan sat! ~~~~ :-P

Maaf rakan seperjuangan. Walaupun aku bercuti, aku tetap memantau perkembangan kalian melalui Mobile Web. Harapan aku bercuti kali ini, semoga aku dapat lebih banyak ilham menaikan nama Aleacorp.Com melalui kita punya group nanti, Aleacorp Malaysia. Amin... So, kalau ada apa2 masalah, leh kontek macam biasa :
012-4342450 @ 016-4022129 <--- no ni lama dah tak aktif. Memandangkan dah ada 2 HP, aku nak setkan no ni sebagai no HP Group kita. But, kat Maxis anda tetap leh hantar mesej macam biasa. ~~ :-) Continue......

KE MANA AKU MASA CUTI?
Aku p Melaka. Lama tak melawat negeri orang (Padahal negeri sendiri pun lum habis melawat!). Kelak, maybe p Sabah ka, sarawak ka. Indonesia ka.. hehe.. Stress gak kerja, better amik cuti p makan angin. Tu pun lau anda banyak duit. Pandai2la bajet.. Macam aku ni. hehe.. Berhabis banyak? xde la.. Jimat apa kat Malaysia ni. Alhamdulillah, rezeki dari Aleacorp.Com. Dapat gak beli handphone E72 dua bijik! Tu, add tabungan jugak. Banyak RM aku kat akaun Aleacorp aku lum transfer ke akaun bank. Saja nak cukupkan satu jumlah yang mantap kelak. Aku kan dah janji dalam album DUIT HOBI @ Facebook.com. Rujukan :-
http://www.facebook.com/album.php?aid=2056423&id=1053795033

KE MANA LAGI?
Tak kemana da.. tengok wayang of Cz. the Karate Kids. OK! Then, last kami tengok Zoo <--- kureng sikit. Dengan adik2 angkat aku. Awek? hahaha... No comment. Dia banyak Komitmen. Ok, sekian sahaja untuk Blog kali ini. Yang terbaru, mungkin aku akan buat apabila pulang dari KL 12hb ni nanti. Masa agak terhad. Kehidupan aku makin pantas. If Rakan2 Aleacorp.Com terbaca blog personel aku ni, harap maklum,k? Aku berada di Kuala Lumpur 8 - 12 Julai. Bercuti sambil buat kerja kat sana. ~` =) Ada apa2, leh konteks aku macanm biasa. Terima kasih kerana meluangkan masa anda untuk bersantai, baca blog aku. hahaha.. lau korang enjoy, alhamdulillah. Aku pakai main taip jer.. blurr sikit. Tak cukup tido!


Sekian, wassalam!


P/S : Sila tandatangani buku pelawat sekiranya anda membaca blog ini! (Followers). Komen2 juga. If blog aku boring, sila komen jugak! haha. Aku bukan pujangga,
pandai bermain bahasa.... ~~~ :-) Chow!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...