Saturday, August 14, 2010

Bersua Kembali ~~~ :-)

Assalamualaikum...
Semoga sihat sentiasa semua...

Emm.. jarang-jarang aku nak update blog. Komitmen banyak, bukan selalu aku leh buat. Sehinggakan begitu pantas ku rasakan masa berlalu. Tup tap tup tap.. dah dalam bulan Ramadhan. Bulan OGOS. Tak lama lagi dah nak raya. Cepat masa berlalu, kan? Sampai terkadang2 kita terlupa, masih banyak azam kita yang belum tercapai. Berjayakah kita? Anda bagaimana? Aku masih macam dulu. Tak banyak yang berubah. Cuma dari segi kematangan tu, of coz.. Umur makin meningkat. hahaha....

Apa topik yang aku nak bawa kali ini eh? Kehidupanku? Kerjaya? Masa depan? Cita-cita? eh eh... tu dah termasuk dalam Kehidupanku.. huhu... Kalau nak tahu, jom selami! Aku nak mula dari tahun 2003. Saat aku DEWASA. hehe.. Maklumlah pada tahun tersebut, macam2 yang berlaku sehingga aku boleh jadi macam sekarang ni. Kalau tak, maybe aku tak kenal IT, tak kenal Universiti, Tak kenal erti BERDIKARI. Malah, mungkin aku tak kenal diri aku juga!! Kemungkinan aku bukan yang sekarang ini. Barangkali macam orang kebanyakkan. Orang-orang "kekampungan". Dan aku tak bisa berjumpa anda juga! Seriusss..!! Syukur alhamdulillah. Sekarang aku jadi apa yang aku nak jadi sekarang. ~~ :-)

2003 ~ Sekarang...
Aku tamat tingkatan 6. Sekolah Menengah Ayer Lanas, Jeli, Kelantan. Pertengahan tahun dapat panggilan masuk USM. Walhal sebelum ni, aku tak termimpi-mimpi pun nak jadi budak U. Result aku ala kadar je masa tu, 4 prinsipal. Sekarang dah guna pointer2 kan? Zaman kami lain. Yang lahir tahun 1983 memang banyak bertuah. SPM, kumpulan kami perintis pertama yang menggunakan Sijil Terbuka. Rindu plak zaman2 persekolahan. Aku bukanlah tergolong dalam pelajar yang pandai. Cukup makan orang kata. Malah, family aku pun tak berharap sangat aku belajar tinggi-tinggi. But, kalau dah tercoret begitu, sesiapa pun xleh halang pemberiNya, kan? Alhamdulillah...

Dengan result yang tak seberapa tu, aku masuk USM. Dalam pertengahan tahun, Sesi Sidang Akademik 2003/2004. Di situlah bermulanya segala-galanya. Kena-kena pulak abah aku kena bertukar tempat kerja ke GUA MUSANG. Asal aku membesar ialah di Kemahang, Tanah Merah. Dalam Gugusan FELDA. Aku bukanlah dari generasi peneroka. Bapa aku hanya pekerja biasa di Kilang Sawit milik FELDA PALM INDUSTRIES SDN BHD. Dalam tanah rancangan FELDA kan ada kilang2 sawit. So, jangan salah faham ngan status aku anak peneroka. Mereka amat bertuah. Tengoklah sekarang, beruntung! But, aku tetap bersyukur. So, bila family semua dah berpindah sana, mean aku takde tempat dah kat Kemahang tu. Kawan2 semua kat situ. Kat Gua Musang tu, sape aku kenal? xde.. xde.. Aku membesar di Kemahang tu je.. dari 1983 ~ parent berpindah.

Aku lalui zaman U macam budak2 lain gak. Xde spesel.. Kalau cuti-cuti, aku jarang balik rumah family yang duk GM nun. Aku duk kat kampung ayah aku. Duk ngan Tok & Nek. Sehinggalah sekarang! Aku bukan cucu manja,k! Bermula 2003 sampai sekarang, aku makin rapat ngan tok nek ni je. hehe.. Family kadang2 je pulang. Sape tak rindu keluarga kan? Cuti panjang je aku leh p GM. 3 jam perjalanan naik motor tau! Sekarang, ayah aku dah nak pencen. InsyaAllah, tahun depan dah pindah sini balik. Duk kat kampung ni. Ringan sikit beban diorang cz ada aku jaga. hehe..

Mengapa aku kata 2003 aku DEWASA? Sebab aku yang tentukan hidup. Berdikari. Mak Pak xleh nak jaga kita dah. Jauh. Apa kita buat pun mana diorg tahu, kan? Tu la, kadang2 remaja kita ni, bila besar tak ingat mak bapak ada lagi. Bebas je. Buat apa saja. Aku juga! haha.. tapi xdelah sampai aku terlupa kat diorang. Ish ish ish.. So, 2003 semua apa kita nak jadi, apa kita nak bentuk HANYA KITA yang tentukan! Kalau yang mudah jenis terpengaruh, rasanya dah lama jadi lain dah. Agak-agak ler... ~~~ :-P

..............................akan ku sambung...................................... =P

Thursday, July 22, 2010

AKU DAN KEHIDUPAN ~~~ :-)

Assalamualaikum semua.

Bersua lagi edisi blog kali ini. Nampaknya sebulan sekali baru leh buat. Sibuk sikit. Sepanjang bulan ni rasanya amat2 sibuk berbanding bulan-bulan yang lepas. Pergi KL ulang alik 2 kali tak sampai seminggu. Minggu ni pergi, minggu depan pergi lagi...

Apa cerita yang aku nak bawa kali ni eh? Rasanya tak banyak idea kat kepala aku sekarang ni tentang apa aku nak tulis kali ni. Yang aku banyak fikir sekarang ialah bagaimana mahu menjadi seorang LEADER GROUP ALEACORP MALAYSIA yang bagus, mantap, bantu ahli2, bukan ahli, dan bagaimana nak ubah kehidupan orang kita. Bab nak ubah persepsi orang kita kepada biz online ni saya rasa paling susah terutamanya kalau jumpa orang yang think -ve tentang biz2 ni.. Memang susah! Tapi, xdelah tahap aku nak kecewa sangat sbb ahli2 group hamba semua nak ubah kehidupan masing2. InsyaAllah, kita akan berjaya kelak. Kalau anda jumpa orang yang think -ve ttg biz, jangan amik serius sangat. Biarkan. Kita dah jalan, dia masih di takuk lama, silakan. Xde sapa nak larang dia kalau dia nak maintain macam tu.. Sile2....

Dan, biarkan kita tersenyum bangga dengan apa yang kita buat (jangan tersenyum SINIS plak, bila berhadapan dengan kawan2 yang sebelum ni kita share, tapi tak ambil peluang, JANGAN!,K!) Sebab, kemungkinan pada masa mereka masih di dalam usaha ke arah pemantapan diri (kurang keyakinan senang cakap).. Yang penting, kita dah jalan, kita dah dapat hasil, pasti mereka akan mengikuti langkah kita nanti. So, apa yang penting? KESABARAN!... Latih diri anda bersifat penyabar.

Andai kata tak berubah juga? Teruskan kehidupan anda macam biasa. Biarkan dia dengan kehidupan dia. Dan, jangan lupa "bersedekah" kepada mereka kelak! Maksud saya, if mereka ada masalah, jangan lupa bantu. Lupakan segala ejek-ejekan sebelum ini yang mengatakan kita tak akan berjaya, kaya raya masuk biz online / offline?. Tapi kita dah buktikan, kan? InsyaAllah. Murah rezeki. Anda adalah apa yang ada fikirnya. Apa yang anda semai, itulah yang akan anda tuai. Bantu-membantu amalan mulia.

But, kalau sape2 yang pernah ada kes macam aku ni, "masa susah kawan lari, masa senang kawan datang" Apa tindakan anda? Aku tak akan lupa persahabatan dengan kawan2 macam ni. Kalian sentiasa kawan aku selamanya... TQ mengajar aku erti sebuah persahabatan.~~~ :-)


Errr... pe lagi eh? hahaha.. no idea!

Jumpa lagi di lain coretan. Maaf kalau ada kekasaran bahasa, Mana tahu ada rakan Facebook atau mana2 yang terasa. Aku hanya manusia yang biasa melakukan kekhilafan. =)

Sekian, Wassalam.

Assalamualaikum.

Tuesday, July 6, 2010

ALLHAMDULILLAH.....

Asslamualaikum.... ~~~ :-)
Salam sejahtera Semua!

Bersua kembali. Syukur... Lama aku menyepi. Ni muncul pun, maybe lepas ni menyepi pulak. Bukan apa. Banyak komitmen sekarang. mengalahkan YB. haha..

Ye la, minggu lepas p KL bercuti, then, pulang KB sampainya pagi tu, p masjid kat Kampung Sireh, mandi2 salin baju terus masuk ofis jam 7.00. Esoknya 3 Julai, taklimat Aleacorp.Com jam 9.00, then masuk kerja pulak jam 2.00. THEN... esoknya masuk pulak kerja jam 7.00 pagi. Leh bayangkan jadual? Padat bukan? hehe. Sebab tu masa membataskan sikit.. dannnnnnnnnnnn... jangan tak caya, esok malam aku p KL pula. hehe.. bercuti lagi.. caya tak? cayalah! Terasa dunia kini makin pantas berjalan.. Tak sedar masa berlalu dengan cepat... Memang laju.. Siapa yang tertinggal terbelakang, ayuh bangkit! Kejar masa anda, jangan masa yang mengejar anda. Masa Itu Emas. hargainya, k...

Aku bukanlah BOSS @ TESCO KB, but aku adalah BOSS kepada diri aku. Sementara cuti annual leave aku masih ada, baik aku habiskan. Yang ni pun, Mujur la lulus. Lau tak, nasib ler. And.. aku ambil cuti ni pun sebabnya, aku set diri aku, nak dapat kerja baru sebelum bulan 9! So, baik habiskan awal2 cuti yang banyak lagi berbaki. Masih ada 3 hari lagi tertinggal. Sekurang2nya aku tak sia-siakan cuti REHAT aku sebelum aku blah dapat kerja lain (InsyaAllah... wish me!)

Em, apa aku buat masa aku bercuti minggu lepas? klik2 tengok pic kat facebook. Yang tu jer aku sempat update, sikit je. 2 keping je yang LULUS. Busy juga update apa yang patut sebab kabel TM Telekom minggu lepas kena curi. Habis satu kampung terputus talian komunikasi! (line je... ) lau Broadband lain la cite (tu pun kadang2 slow... baik pakai streamyx!) Masalah dah selesai semalam. Sbb tu baru leh update blog kali ni. Sambil2 tunggu waktu kerja jam 2.00 pm. Lepas ni, menyepi pula la Group aku ALEACORP MALAYSIA buat 4-5 hari.

**Iklan sat! ~~~~ :-P

Maaf rakan seperjuangan. Walaupun aku bercuti, aku tetap memantau perkembangan kalian melalui Mobile Web. Harapan aku bercuti kali ini, semoga aku dapat lebih banyak ilham menaikan nama Aleacorp.Com melalui kita punya group nanti, Aleacorp Malaysia. Amin... So, kalau ada apa2 masalah, leh kontek macam biasa :
012-4342450 @ 016-4022129 <--- no ni lama dah tak aktif. Memandangkan dah ada 2 HP, aku nak setkan no ni sebagai no HP Group kita. But, kat Maxis anda tetap leh hantar mesej macam biasa. ~~ :-) Continue......

KE MANA AKU MASA CUTI?
Aku p Melaka. Lama tak melawat negeri orang (Padahal negeri sendiri pun lum habis melawat!). Kelak, maybe p Sabah ka, sarawak ka. Indonesia ka.. hehe.. Stress gak kerja, better amik cuti p makan angin. Tu pun lau anda banyak duit. Pandai2la bajet.. Macam aku ni. hehe.. Berhabis banyak? xde la.. Jimat apa kat Malaysia ni. Alhamdulillah, rezeki dari Aleacorp.Com. Dapat gak beli handphone E72 dua bijik! Tu, add tabungan jugak. Banyak RM aku kat akaun Aleacorp aku lum transfer ke akaun bank. Saja nak cukupkan satu jumlah yang mantap kelak. Aku kan dah janji dalam album DUIT HOBI @ Facebook.com. Rujukan :-
http://www.facebook.com/album.php?aid=2056423&id=1053795033

KE MANA LAGI?
Tak kemana da.. tengok wayang of Cz. the Karate Kids. OK! Then, last kami tengok Zoo <--- kureng sikit. Dengan adik2 angkat aku. Awek? hahaha... No comment. Dia banyak Komitmen. Ok, sekian sahaja untuk Blog kali ini. Yang terbaru, mungkin aku akan buat apabila pulang dari KL 12hb ni nanti. Masa agak terhad. Kehidupan aku makin pantas. If Rakan2 Aleacorp.Com terbaca blog personel aku ni, harap maklum,k? Aku berada di Kuala Lumpur 8 - 12 Julai. Bercuti sambil buat kerja kat sana. ~` =) Ada apa2, leh konteks aku macanm biasa. Terima kasih kerana meluangkan masa anda untuk bersantai, baca blog aku. hahaha.. lau korang enjoy, alhamdulillah. Aku pakai main taip jer.. blurr sikit. Tak cukup tido!


Sekian, wassalam!


P/S : Sila tandatangani buku pelawat sekiranya anda membaca blog ini! (Followers). Komen2 juga. If blog aku boring, sila komen jugak! haha. Aku bukan pujangga,
pandai bermain bahasa.... ~~~ :-) Chow!

Tuesday, June 29, 2010

Aku Mencari Ketenangan Di Kuala Lumpur... ~~ :-)

Assalamualaikum sahabat2ku semua...
Salam Luar Biasa selalu...

Cepat masa beredar. Sedar tak sedar nak masuk bulan Julai dah. Then Ogos, next2... tahun 2011. Apakah azam kita yang kita semai awal tahun ini dah tercapai? Atau masih terkapai2? Tahniah yang berjaya laksanakan. Yang masih belum berjaya, anda masih ada masa. Ayuh bangkit dan berusaha. InsyaAllah, kita pasti mampu melakukannya.

Aku masih di BandaRaya Kuala Lumpur. Cuti aku habis 1hb nanti. 2 hb aku dah masuk kerja balik. 1hb malam bertolak ke KB. Paginya sejurus sampai dah kena standby masuk kerja jam 7.00 pagi. Nasibaik dah bawa baju seragam. Kalau tak, maybe tak sempat nak pulang rumah dan salin pakaian. Mandi? Pandai2la.. Aku dah biasa hidup merantau. hehe.. Masjid terdekat dari TESCO KB ialah masjid Kampung Sireh. Situ la kot. Mana lagi?

3hb, ada pulak taklimat tentang Aleacorp.Com, biz yang aku masuk. Of coz tak nak lepaskan peluang pergi. Bukan senang mereka nak turun Kota Bharu. Demi Aleacorp.Com, aku sanggup tukar shift dari jam 7.00 masuk jam2.30 petang. Bayangkan esoknya 4hb aku masuk kerja jam 7.00 balik. Lau shift petang, kerja habis jam 12.00 malam. Sanggupkah anda berkorban? Aku sanggup! Demi masa depan yang gemilang. If ada ahli2 Aleacorp yang terbaca blog aku ni, meh pakat g rama2. Jumpa anda disana. ~~~ :-)

Aku hanya pekerja biasa di TESCO KB. Position Associate je. Hanya org TESCO je kot faham aa pangkat ni dalam kerjaya kami. haha. Deparment aku = CashOffice. Menarik? Hari2 main ngan duit. Muak dah aku. Kalau duit aku sendiri xpe la juga. haha.. InsyaAllah, akan datang! Lau nak tau, setiap kali aku kira duit, aku tanam azam, niat. Semoga aku ada duit sebanyak itu! Amin.. =)

Haa... dah melalut aku main hentam blog kali ni. Tak tahu nak cite apa. haha.. Ya, kepada yang masih lum kenal aku. Sila lawati Facebook hamba di :- http://www.facebook.com/armirusli

Cerita tentang cuti2 malaysia aku, nanti2 la aku cite. Takde Mood. Pulang rumah nanti kot baru banyak masa. Siap2 leh upload gamba lagi. Hari ni nak duk kat umah je. Tak kuar. Nasibaik family angkat aku ni ada akses internet (dia pun orang bisnes juga, memang patut ada!). So, aku nak survey2 group aku. Baru 2-3 hari tinggal, dah ada orang "menconteng" wall kat group aku di ALEACORP MALAYSIA. hehe...


Jumpa lagi sahabat aku. If ada Komen ttg blog ni, sila p kat wall Facebook. =)

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia!

Friday, June 25, 2010

CUTI-CUTI MALAYSIA.

Bukan senang nak dapat cuti. Harap maklum. Aku bercuti kat KL bermula 27hb. malam 28hb aku bertolak p KL. Dapat 5 hari cuti. yeah!! Harap cuti aku tahun ini bermakna. hehe. Banyak planning, but, maybe banyak terperap kat umah je spend masa ngan adik-adik angkat aku, Adi, Dan dan Dila. Kalau awal tahun hari tu p tengok wayang AVATAR, nanti ni nak tengok wayang apa plak ngan korang. hehe.. Miss korang semua. Nantikan kemunculan abang k!

Buat rakan-rakan seperjuangan aku, teruskan perjuangan kita. Kalau ada masalah, leh konteks aku nanti. Kat Facebook tu dah tinggal no HP. amik je.. jangan segan silu kol aku if perlukan bantuan. Walaupun aku dalam mood cuti, aku tetap sedaya upaya bantu kalian... all the best =)


Sebelum aku stop menaip. Aku tinggal Link blog Group jap. hehe...

Group Aku:
http://www.facebook.com/group.php?gid=115101348502324&v=info

Website Penerangan:
http://www.aleacorpmalaysia.webs.com/

Salam Semua!

akubudaktescokb2010

1st Post Pertama Aku!

Wah... akhirnya!

Selepas Blog aku kena BLOCK oleh pihak friendster, akhirnya aku mulakan nekad menubuhkan blog aku yang terbaru melalui blogspot.com ni. Hempeh ja FS. banyak kenangan aku kat situ. Tapi, xpelah... Sini aku bermula dengan azam baru. Kenangan lama aku nak bungkus. Jom mulakan hidup baru! haha..

Yang Akur Blog FS kena Block sampai akhir hayat!

ArmiRusli2010 ~~~ :-)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...